"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ



A Journey Of A Thousand Miles Begins With A Single Step

Wednesday, March 24, 2010

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-203

WE ARE THE CHAMPION...... WE ARE ONLY THE BEST !!!!!
WE ARE THE POLICE MAN



We are the champion.... wearing a "blue shirt"
we wears a badge and gun
Serves 4 public night and day
alway says the road is fun

We risks our life for strangers
Always does our part
A modern-day crusader

hero has a heart

Sometimes we soul is weary
Midnights can be rough
With little rest, we does the best
Decisions, too, are tough

Other days are funny
Some are sad, its true
Our life's about just helping out
The likes of me and you

Wwe are the hero wearing our uniform
We loves the risky life...

Im proud to be a "blue shirt"
I'm proud to be RMP....


by : wan mohd fadillah ( ex D6 unit of Bentong Police )

papa JAHAT...

“Jasad tiada disisi bukanlah kenangan kaku. Tetapi, punyai jiwa dan kalbu. Punyai pertalian merah yang telah mengikat setiap daerah rasa.

Rindu mendakap kehilangan
bukanlah meratapi,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah tidak meredhai,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah menolak takdir Ilahi.

Rindu mendakap kehilangan
sengaja dibiarkan terhimpun di seluruh ruang hati,
Rindu mendakap kehilangan
punyai hak selagi roh dan jasad masih bersatu.

Kerinduan satu rasa yang setia pada setiap jiwa yang masih ada,
Anugerah kerinduan itu terlalu mahal

harganya,
Anugerah agung untuk dekat pada NYA.”



kau adalah Intan.....

//Abah....

Sunday, March 21, 2010

DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG



PINTU MASUK UTAMA KAWASAN PEMBIAKAN AKUAKULTUR ( TILAPIA MERAH )
LOT PERTAMA , ZON UTARA ( SIK, KEDAH ).



SEPERTI ANAK-ANAK KECIL YANG KU BELAI DAN MANJA...




KEMUDAHAN JARINGAN JALAN RAYA....






INDAH DAMAI DI HATI DISAMPING MENUAI HASIL PENGELUARAN




SEKADAR MEMBANTU MEMASTIKAN KITA MASIH LAGI ADA MAKANAN....




Bekerja dan berniaga adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda mula berniaga ketika umurnya sekitar 12 tahun. Ketika itu baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di Syam. Semasa mengikuti rombongan berniaga inilah, Abu Talib ditemui oleh pendita Yahudi bernama Bukhaira. Pendita Yahudi ini mendapati adanya tanda-tanda kenabian pada Rasulullah s.a.w dan menyuruh Abu Talib supaya segera membawa baginda pulang ke Mekah.

Rasulullah s.a.w juga diketahui sangat rajin sejak kecil. Baginda bekerja mengembala kambing dengan mendapat upah beberapa qirat (sen) sahaja. Hasil kerja baginda ini digunakan bagi membantu keluarga Abu Talib. Hal ini disebut dalam hadith baginda ;

" Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan dia mengembala kambing." Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. Baginda menjawab, "Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat."

(H.R Bukhari)


Menjelang usia remaja, Rasulullah terus bekerja dengan menjadi pengurus kepada syarikat perniagaan milik Ummul Mukminin,Khadijah Binti Khuwailid, seorang ahli korporat wanita terkenal di Mekah......dengan meringkaskan cerita, pengalaman Rasulullah s.a.w berniagaan, bukan sekadar berniaga dan mencatat untung besar tetapi baginda diperhatikan oleh Maisarah bagaimana akhlak muamalatnya ketika melayan pelanggan, cara baginda berjual beli, menyukat timbangan serta ketelitian, kesopanan dan kejujuran baginda sehingga memajukan perniagaan.

Khadijah bukan tertarik kepada keuntungan besar yang berjaya dicapai oleh Rasulullah, tetapi kepada akhlak baginda seperti yang dilaporkan oleh maisarah. Beliau amat kagum dan gembira dengan sifat mulia baginda sehingga mendorongnya "meminang" baginda melalui sahabatnya Nafisah....

Cerita kisah Muhammad s.a.w dengan Siti Khadijah ini bukan isunya. Tetapi bagaimana baginda menjalankan perniagaan dan amalan-amalan mulia dalam perniagaan sebagai suatu sunnah yang amat wajar dicontohi oleh umat hari ini. Kerajinan Rasulullah berniaga tiada tolok bandingnya. Akhlak baginda bermuamalat begitu mulia sekali. Akhlak baginda itu bukan sekadar menarik perhatian pelanggan, tetapi juga rakan kongsi perniagaannya,Khadijah.

Orang mukmin sangat beruntung apabila memiliki ibu seperti Khadijah. Bukan sahaja kaya dan berhati mulia, tetapi beliaulah yang menjadi pendukung utama perjuangan Islam ketika orang lain masih memusuhi agama Allah. Beliau telah menghabiskan segala harta bendanya untuk berjihad di jalan Allah. hasil perniagaannya yang melimpah itu disalurkan untuk agama. Bahkan, ketika saat ajalnya tiba beliau berpesan kepada Rasulullah s.a.w supaya kulit belulang dan tulangnya dijual bagi membiayai perjuangan Islam. Kerana itu, nama Khadijah sentiasa disebut-sebut oleh Rasulullah s.a.w ;


" Sebaik-baik wanita zaman dahulu ialah Siti Mariam dan sebaik-baik wanita pada zaman aku ialah Siti Khadijah ".



Dicatat oleh penaMuslim....



Jadi ingin saya berkongsi harapan dan cita-cita yan agar ianya boleh dijadikan inspirasi.....

BY: WAN MOHD FADILLAH MAT





Syarikat Akuakultur dalam proses penambahbaikan selaras transformasi kehendak dan hala tuju kerajaan agar produktiviti dapat di tingkatkan, alhamdulillah... pembukaan lot kedua berjaya disempurnakan dengan memaksimumkan takungan benih sehingga 70000 ekor ikan dijangkakan dapat dihasilkan untuk pasaran tempatan.

Menyahut saranan dan atas khidmat nasihat daripada pelbagai pihak, status pemilikan syarikat telah ditukar menjadi sebuah Syarikat berasaskan Koperasi asas, kini kami mempunyai minima 50 orang ahli berdaftar yg sama sama mengembeling tenaga untuk menjayakan misi transformasi penambahbaikan taraf sosio ekonomi keluarga masing-masing.



Friday, March 19, 2010

kampong boy

visit.......

in reference to: Blogger: Dashboard (view on Google Sidewiki)

Kuasa - Kuasa Menangkap

Oleh: Wan Mohd Fadillah Mat
Tangkapan adalah tindakan pertama yang diambil terhadap seseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan. Oleh itu adalah penting untuk memastikan tangkapan yang dibuat itu adalah sah di sisi undang-undang yang ada. Persoalan sama ada satu tangkapan itu sah atau tidak adalah mustahak kerana ia akan menentukan kesahihan tindakan-tindakan susulan yang akan diambil sewaktu menjalankan siasatan.

Misalnya, jika seseorang yang ditangkap memberi percakapan kepada polis selepas ia ditangkap, percakapan itu hendaklah dirakam mengikut Seksyen 113 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memerlukan amaran diberi sebelum percakapan dirakam.
Kegagalan untuk memberi amaran akan menyebabkan apa-apa sahaja yang diberi dalam percakapan tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadapnya.
Tangkapan yang tidak sah akan mendedahkan orang yang melakukan tangkapan kepada tindakan sivil yang boleh diambil. Sila rujuk Gabriel v PP [1992] 1 MLJ 593.

CARA-CARA MENANGKAP

Cara-cara untuk melakukan suatu tangkapan yang sah telah dihuraikan dalam Seksyen 15 (1) KPJ. Jika orang yang hendak ditangkap menghalang dengan apa cara jua usaha untuk menangkapnya atau cuba mengelakkan tangkapan, mana-mana pegawai polis atau mana-mana orang lain boleh menggunakan apa jua cara untuk menangkapnya, termasuk menggunakan kekerasan yang minima atau berpatutan Seksyen 15 (2) KPJ.
Dalam kes Kang Ho Soh [1992] 1 MLJ 360 tertuduh enggan mengikut arahan polis dan kekerasan yang digunakan melebihi dari apa yang berpatutan. Walaupun terdapat peruntukan yang membolehkan kekerasan digunakan, perlu diingat kekerasan yang digunakan tidak melampaui hingga menyebabkan kematian, melainkan seseorang itu disyaki melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup - Seksyen 15 (3) KPJ.
Dalam kes Mahmod lwn Kerajaan Malaysia [1974] 1 MLJ 103, mahkamah memutuskan dalam kes-kes biasa, sesuatu tangkapan tidak seharusnya tertakluk kepada sekatan yang berlebihan daripada yang perlu, untuk menghalangnya dari melepaskan diri.
Lord Devlin dalam Shaaban & Ors v. Chong Fook Kam & Anor [1969] 2 M.L.J 219 memutuskan tidak ada tangkapan jika seorang anggota polis hanya menahan seseorang untuk membuat pertanyaan.

TANGKAPAN DENGAN WARAN DAN TANPA WARAN

Dalam kes-kes yang lazim ditangkap ('seizable offences') mana-mana anggota polis boleh menangkap tanpa waran, seseorang yang melakukan satu kesalahan. Dalam kes-kes yang tidak lazim ditangkap ('non seizable') tangkapan tidak boleh dibuat tanpa waran.
Agar tidak keliru dalam memastikan kes-kes yang lazim ditangkap dan tidak lazim ditangkap, rujukan hendaklah dibuat pada Seksyen 2 (1) KPJ. Menurut seksyen itu, kes 'boleh ditangkap' bererti satu kes yang membolehkan seorang pegawai polis biasanya menangkap tanpa waran sebagaimana yang tercatat di ruang ketiga dalam Jadual Pertama KPJ.
Untuk mengetahui kesalahan tertentu dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) dalam jenisnya, sila rujuk kepada Jadual Pertama KPJ yang menyenaraikan semua kesalahan dalam Kanun Kesiksaan.

Di penghujung jadual ini peruntukan dibuat bagi menentukan kesalahan selain daripada yang terdapat di dalam Kanun Keseksaan.
Untuk kesalahan-kesalahan ini, jika pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atau lebih, ruang ketiga menggulungkan kesalahan itu sebagai kesalahan yang boleh ditangkap.

Bagi kesalahan yang boleh dihukum penjara kurang daripada tiga tahun atau boleh dihukum dengan denda sahaja, kesalahan itu ialah kesalahan tidak boleh ditangkap.
Jadual Pertama memperuntukan kesalahan dalam undang-undang lain secara am sahaja. Untuk itu kita perlu merujuk kepada statut khas atau undang-undang tertentu di mana kesalahan itu ditakrifkan kerana kebiasaannya satu-satu statut akan menjelaskan status kesalahan.
Terdapat kesalahan tertentu yang disenaraikan sebagai kesalahan yang boleh ditangkap walaupun pada hakikatnya cuma boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi dua tahun.
Sebagai satu contoh, Seksyen 7 Akta Polis 1967 berhubung kes-kes perhimpunan, perjumpaan dan perarakan di mana hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun tetapi sub seksyen (6) jelas memperuntukkan bahawa mana-mana anggota polis boleh menangkap tanpa waran orang yang melakukan kesalahan. Ini menjadikan semua kesalahan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 kesalahan 'lazim ditangkap'.

ORANG YANG BOLEH MENANGKAP

Mengikut undang-undang, terdapat empat kategori orang yang boleh menangkap tanpa waran iaitu mana-mana pegawai polis, penghulu, orang awam dan Majistret ataupun seorang Jaksa Pendamai.

(1) Seorang Pegawai Polis

Bermaksud mana-mana anggota PDRM - Seksyen 2 Akta Polis 1967. Keadaan-keadaan di mana polis boleh membuat tangkapan disenaraikan dalam perenggan (a) hingga (k) kepada Seksyen 23 KPJ. Peruntukan di para (a) paling kerap digunakan kerana ia berkaitan dengan 'kesalahan boleh ditangkap' yang dilakukan di mana-mana tempat di Malaysia.
Seksyen 24 KPJ membolehkan mana-mana pegawai polis menangkap seseorang yang melakukan satu 'kesalahan tidak boleh ditangkap' yang berlaku di hadapannya dan jika orang yang ditangkap itu enggan memberi nama dan alamatnya apabila diminta atau didapati telah memberi nama dan alamat palsu.

(2) Seorang Penghulu

Seorang Penghulu boleh membuat tangkapan dalam keadaan sama seperti seorang pegawai polis mengikutSeksyen 23 KPJ.

Walaubagiamanapun, Seksyen 25 memerlukan seorang penghulu menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis yang berhampiran atau balai polis yang berhampiran 'tanpa kelewatan yang tidak perlu'. Pegawai polis akan membuat tangkapan semula.

(3) Tangkapan oleh orang awam

Seorang awam hanya boleh melakukan tangkapan tanpa waran jika keperluan dalam Seksyen 27 KPJdipenuhi. Kesalahan yang dilakukan oleh orang yang ditangkap tanpa waran itu mestilah satu kes yang 'tidak boleh dijamin' dan 'boleh ditangkap'.
Tanpa kelewatan tangkapan itu hendaklah diserahkan kepada polis yang akan menjalankan pemeriksaan dan jika perlu melaksanakan tangkapan di bawah Seksyen 28 atau Seksyen 24 KPJ, mengikut mana yang lebih sesuai. Jika dalam pandangan pegawai polis tiada sebarang kesalahan yang dilakukan, orang yang ditangkap itu hendaklah dibebaskan.
Seksyen 27 KPJ juga memperuntukkan bahawa seorang awam hanya boleh melakukan tangkapan jika orang itu melakukan kesalahan dalam pandangannya.
Terdapat dua takrifan tentang 'dalam pandangannya' 'iaitu, 'dalam penglihatannya' atau 'menurut pendapatnya'.

Di India dalam kes-kes Durga Singh [1963] 1 Gr Lj 827 dan Kartar Singh [1956] AIR Punj 122, mahkamah telah memutuskan bahawa ianya membawa maksud 'dalam penglihatannya'.
Dalam satu kes di Singapura yang tidak di laporkan, Metro (Golden Mile) Pte. Ltd. v Paul Chua Liang, Hakim Choor Singh telah mengikut keputusan yang dibuat dalam kes-kes India dan memutuskan bahawa kesalahan mesti dilakukan dalam penglihatan seseorang awam sebelum tangkapan itu menjadi sah.

(4) Tangkapan Oleh Majistret dan Jaksa Pendamai

Seksyen 30 KPJ membolehkan seorang Majistret atau Jaksa Pendamai menangkap atau memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menangkap seorang pesalah jika satu kesalahan telah dilakukan dalam kehadiran mereka atau dalam kawasan bidang kuasa tempatan mereka.

Mereka boleh menghantar orang yang ditangkap itu untuk diletakkan dibawah tahanan atau melepaskannya setelah mengikat jamin.
Seksyen 31 hanya terpakai kepada Majistret dan membolehkan seorang Majistret menangkap atau membenarkan tangkapan dalam kehadirannya mana-mana orang yang beliau boleh mengeluarkan waran.
Dipetik dari : rmp/gov

Sejarah Perjuangan PDRM

Oleh: Wan Mohd Fadillah Mat

'SEMANGAT DIJULANG, BAKTI DIKENANG'

Imbasan awal sejarah kepolisan Negara yang telah mencapai usia 200 tahun adalah bermula dengan berkuatkuasanya Piagam Keadilan (Charter Of Justice) di Pulau Pinang pada tahun 1807. Namun begitu, menyusuri sejarah awal peranan kepolisan negara,ia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang telah mewujudkan jawatan seperti Bendahara dan Temenggung yang bertindak sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang-undang yang menjurus kepada undang-undang adapt atau undang-undang syariah.

Penubuhan institusi polis yang moden dan sistematik telah bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 yang menjadi titik permulaan kepada lahirnya pasukan polis di Negara ini. Ketua Pasukan Polis yang pertama ialah Encik James Carnegy yang dilantik sebagai Sheriff bagi Prince of Wales Island (Pulau Pinang). Pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain. Negeri Melaka telah menubuhkan pasukan polisnya pada tahun 1827. Kedua-dua pasukan in kemudian bergabung membentuk pasukan Polis Negeri-Negeri Selat.

Manakala pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula telah ditubuhkan serentak dengan pembentukkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896. Kapten H.C Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama. Sementara itu, penubuhan pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula seperti negeri Johor, telah mula ditubuhkan pada tahun 1882, di negeri Kedah dan Kelantan pada tahun 1909 dan di negeri Terengganu pada tahun 1914. Di negeri Borneo Utara pula, pada 1862 pasukan Polis Sarawak ditubuhkan diikuti dengan Sabah pada tahun 1882.

Setelah Tanah Melayu bebas daripada pendudukan Jepun, pentadbir British yang mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu telah mengabungkan pasuka Polis Negeri-Negeri Selat, pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah pasukan Polis Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur pada tahun 1946. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, nama pasukan Polis Malayan Union ditukar kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu dan diletakkan di bawah perintah seorang Pesuruhjaya Polis. Pada 16 September 1963, pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia dengan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.

Ujian Getir Pasukan Polis
Pengisytiharan 'Darurat' di Persekutuan Tanah Melayu pada 16 Jun
1948 merupakan detik-detik penuh getir bagi pasukan polis yang telah diberi mandat utama dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara daripada diganggu gugat oleh pengganas komunis. Negara pada ketika itu, baru sahaja mengorak langkah memulihkan keadaan setelah mengalami pendudukan Jepun hampir tiga tahun yang telah melumpuhkan pasukan-pasukan Polis Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.
Dipetik dari : rmp/gov

IPD RAUB, PAHANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda para pelawat saya, hari ni tiba tiba IPD Raub, Pahang berlegar legar dikepala........
Jadi ingin saya tunjuk pada anda semua tempat ini,



Ini adalah pandangan hadapan bangunan IPD daerah Raub, Pahang. ( besar gak kan?).




Ini pulak gambar big boss PRO Bkt Aman yg hadir sama pada majlis IPD ni (tiga dari kiri) , di apit oleh putri-putri (pegawai) yang setia berkhidmat di IPD ni, opss!! ada jugak dari diorang yang bertugas di daerah lain, hadir sama bersempena perasmian IPD ni. Tak perlulah saya letak nama diorang satu-satu kat dalam ni sebab belum mintak izin lagi.... kang kena marah pulak. huhuhu

tak pun kena double kawad kang..... hm



Segak dengan pakaian "istiadat" pasukan, DYMM Sultan Pahang, mencemar duli memeriksa perbarisan "kawalan Kehormatan" IPD Raub sempena perasmian IPD tersebut.





Ini pulak gambar KPB , sedia berkhidmat bersama anggota bertugas pejabat pertanyaan (e/o),








o

Thursday, March 18, 2010

Hang Nadim

By Wan Mohd Fadillah Mat
2010/usm
Peminat sastera klasik Melayu tidak boleh tidak sudah semestinya pernah membaca Sejarah Melayu, karya agung Tun Seri Lanang. Karya klasik itu memuatkan gabungan sejarah, mitos dan lagenda yang meskipun mungkin tidak begitu sahih untuk dijadikan sumber sejarah, memberikan kita peluang untuk melihat tasawwur dan pemikiran bangsa Melayu pada zaman purba.

Kisah masyarakat yang cukup popular dan dicatatkan di dalam Sejarah Melayu termasuklah kisah ‘Singapura dilanggar todak’. Kisah ini menceritakan bagaimana selepas seorang wali dari Pasai, Tuan Jana Khatib dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja Singapura, ikan todak yang begitu banyak bilangannya, menyerang Singapura.

“Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena terus menerus olehnya.”

Seri Maharaja Singapura menyuruh rakyat jelata berkotakan betis – tetapi orang ramai terus menerus mati. Pada waktu itulah ada seorang kanak-kanak yang agak bijak muncul memberikan pandangannya. Hang Nadim namanya.

“Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”

Ide bernas dari budak tersebut telah menyebabkan todak-todak yang menyerang pulau tersebut terlekat di jongornya pada batang-batang pisang; yang kemudiannya dibunuh oleh orang-orang di pantai. Ada seekor todak yang melompat ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, terkena baju baginda hingga terkoyak, dan dijadikan seloka oleh orang ramai,

“Carik baju dilompati todak,

Baharu menurut kata budak.”

Sebaik sahaja kembali di istana, Orang Besar-besar mencadangkan agar Hang Nadim yang geliga tersebut dibunuh. “Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.”

Maka atas bebal dan berfikiran ceteknya karaktor Seri Maharaja yang dinukilkan oleh Tun Seri Lanang itu, maka diikuti nasihat Orang Besar-besar tersebut.

Namun kecetekan dan kebebalan pemikiran Paduka Seri Maharaja itu masih wujud pada hari ini, di dunia realiti dan bukannya dunia mitos atau imaginasi. Di mana-mana sahaja, pemerintahan otokratik yang bobrok dan pengecut takut akan ide-ide geliga kerana mereka risaukan survival mereka sebagai pemegang kuasa. Sejarah dunia mencatatkan, kezaliman, penindasan dan ketidakadilan tidak boleh bertahan lama, sampai ketika dan waktunya, akan tumbang juga.

Misalnya pembesar Austria, Metternich, telah melahirkan Sistem Metternich yang reaksionari dan otokratik untuk membanteras semangat nasionalisme, liberalisme dan demokrasi di kalangan penduduk-penduduk jajahannya. Sistemnya kekal gah buat masa dia berkuasa. Di Jerman misalnya, yang ketika itu bukanlah negara yang satu tetapi pecahan-pecahan kecil didominasi oleh Prussia dan Austria, gerakan Burschenschaft dikalangan mahasiswa cuba untuk menentang rejim-rejim anti demokrasi. Kemuncak penentangan mereka tidak lain dan tidak bukan di Pesta Wartburg di mana, antara lain, sebuah effigi Metternich sebagai simbol kezaliman dibakar – meniru gaya Luther membakar effigi ‘Papal Bull’ yang menuduhnya menyebarkan ajaran sesat.

Peristiwa itu membawa kemarahan Metternich dan pemerintah-pemerintah Jerman dibawah pengaruhnya dipaksa menandatangani Pengisytiharan Carlsbad untuk mengekang kebebasan politik rakyatnya, khususnya mahasiswa. Peristiwa pembunuhan Kotzebue yang disyaki perisik Tsar Alexander dijadikan alasan untuk campurtangan. Perisik-perisik polis memenuhi universiti-universiti, Divine Comedy karangan penyair terakhir dunia pertengahan dan penyair pertama dunia Renaissance, Dante dan The Rhineland Gazette karangan Karl Marx diharamkan untuk dicetak.

Namun Metternich tidak hidup selama-lamanya – sistem korupnya tumbang dan negara Jerman berdiri gah. Meskipun pada mulanya politik negara tersebut didominasi pemerintahan yang tidak demokratik, tetapi pengaruh Junker tamat sama sekali dengan tewasnya Reich kedua pada Peperangan Dunia Pertama.

Mahasiswa juga menjadi suara penting di dunia Barat menentang sifat imperialistik Amerika di Vietnam. Selain itu, sebagaimana dunia saksikan pada tahun-tahun 60an, mereka turut menjadi conscience masyarakat yang mengutuk keterlanjuran dunia kapitalis. Daniel Cohn-Bendit memimpin para mahasiswa pada tahun 1968 berjaya merampas universiti elit Perancis Sorbonne dan para buruh Perancis menyatakan sokongan mereka dengan hartal seluruh negara.

Di Asia, ketakutan rejim korup Presiden Chun Doo Hwan terhadap para mahasiswa telah membawa kepada berlangsungnya tragedi berdarah Kwangju pada awal 80an di mana lebih 200 mahasiswa terbunuh. Sebenarnya para mahasiswa dan mahasiswi Korea Selatan sudah lama menjadi pengaruh yang cukup bertenaga di negara tersebut. Mereka mengetuai penentangan terhadap pendudukan Jepun dan seterusnya boneka Amerika Syngman Rhee. Gerakan Hangchongnyon yang bersifat kiri telah menguasai universiti Yongsei di Seoul pada 1996 hingga membawa kepada lebih 5000 penuntut ditangkap.

Di negara kita, ulama’ dan cendekiawan berpendidikan Timur Tengah telah menentang kejumudan ulama’ konservatif, golongan bangsawan dan penjajah dengan gerakan yang dilabelkan ‘Kaum Muda’. Sifat Tunku yang dilihat anti-nasionalis dan pro pemodal serta penjajah menguatkan gerakan mahasiswa terutamanya di Universiti Malaya. Zaman keemasan yang disebut-sebut sudah semestinya ketika tahun 70an di mana Adi Satria, Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais menuntut pembelaan buat rakyat dan negara.

Untuk menyatakan golongan belia tidak layak atau berupaya mengeluarkan pendapat atau ide ialah satu kenyataan yang berpandangan cetek. Meskipun kurang pengalaman, golongan belia punya tasawwur yang lebih kreatif, berani dan idealistik kerana belum dicemari realiti dunia. Kedangkalan sistem yang mungkin menjadikan golongan lebih tua bisu, dapat dilihat dan dinilai oleh golongan belia yang, memimjam istilah Inggeris, dapat berfikir di luar ‘kotak’.

Langkah memperkenalkan ‘Akujanji’ di universiti satu lagi langkah anti-belia yang diambil pemerintah. Seluruh rakyat Malaysia yang tahu akan Rukunegara sedar bahawa antara prinsip-prinsipnya ialah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Pada Undang-Undang. Maka bukankah sebagai warga negara yang punya kesedaran, mahasiswa khususnya dan rakyat Malaysia umumnya patut menyuarakan pendapat mereka apabila dilihat pihak-pihak tertentu tidak patuh pada prinsip-prinsip asas kenegaraan kita?

Kebejatan sosial sering dijadikan isu oleh pemerintah dan media untuk memperlekehkan golongan belia. Namun kesimpulan yang seringkali mereka capai mudah sahaja untuk menyalahkan golongan muda kerana menjadi ‘punk’, terlibat di dalam ‘black metal’ dan lain-lain lagi – tetapi itulah produk sistem pendidikan yang menjadikan agama sebagai ritual kosong semata-mata dan tidak menghiraukan pengisian dan roh agama itu sendiri. Bagaimana pula dengan ibubapa, atau pihak media perdana yang dikawal rapi oleh pemerintah? Terlalu mudah bulat-bulat mahu disalahkan golongan muda.

Benar kata Aman Rais bahawa universiti kini sudah tinggal menjadi kilang pasaran buruh sistem kapitalis moden. Ide-ide yang dilahirkan secara terbuka dan kritis ditakuti – tetapi pihak yang sama mendabik dada dengan retorik kosong kata ingin melahirkan ekonomi pengetahuan dan memimpin revolusi maklumat.

Ini kerana seperti Paduka Seri Maharaja Singapura, pemerintah, meskipun tahu cadangan dan ide-ide orang muda ini dapat dimanfaati negara, tetapi survival politik mereka yang terlalu jelek, kotor dan hancing akan terdedah kiranya golongan belia dibebaskan daripada pelbagai kekangan drakonian. Hang Nadim dibunuh; belia dan mahasiswa kita dirantai pelbagai peraturan dan akta yang merimaskan; tetapi kejelekan tidak dapat dipertahan selama-lamanya.

Ide anak muda mesti didengari buat kebaikan semua. Jangan ulangi kesilapan Seri Maharaja.

Darurat - Parti Komunis Malaya - Tersurat

Darurat Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Darurat telah diisytiharkan pada 7-7-1948.

Sebab Darurat
Bolehlah dikatakan bahawa segalanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Nasionalisme penduduk Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh Jepun semasa penjajahannya telah mendorong penduduk Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasa patut.

Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat bermula dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Tang (KMT) dan 3 orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Min Yuen
Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.

Tujuan Min Yuen adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluaraga mereka.

Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya di sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.
Langkah mengatasi darurat
Undang-undang Darurat

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.



Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.



Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.



Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.



Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.



Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Rancangan Briggs
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.



Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.



Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.



Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.



Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.



Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.

Gerakan Kelaparan
Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya.



Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya.



Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen.



Perang Saraf
Rancangan Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat ketika itu.Didapati ahli Parti Komunis Malaya adalah kaum Cina manakala orang Melayu ramai berkhidmat sebagai polis dan tentera.



Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 orang.Dalam kempen ini mereka membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta mengadakan rapat umum.

Rundingan Baling 1955

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955, di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Sebelum Perjanjian
Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.



Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.



Julai 1955 Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.



September 1955 kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.



Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.



Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.



Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-

Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage) .
Memperkenalkan ISA.
Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.
Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

Langkah bukan bentuk ketenteraan
Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:

Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip) Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan.
Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan gangaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.
Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.
Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963.

dipetik dari : "sejarah yang dilupakan"
--------------------

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

x siap lagi



cerita ni x siap g kat blog nie : harap maaf....................


Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara

Lantas!
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia

Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.

“Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu” – An Nur : 45




Iblis Yang Sombong dan Bangga

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.

Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :
◦Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

◦Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

◦Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.

◦Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
◦Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
◦Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
◦Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Menembak,sakit.... ! Ditembak ?????

Polis terpaksa tembak atau ditembak – Warga Prihatin terpanggil untuk menulis, mengajak masyarakat merenung polemik yang timbul baru-baru ini bahawa Anggota Cawangan Jenayah PDRM dituduh secara sengaja atau sewenang wenang menembak penjenayah, khususnya yang melibatkan kaum tertentu.

Beberapa hari secara berturut-turut WP memerhatikan bagaimana isu ini dimainkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga memaksa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berhempas pulas menafikan tuduhan tersebut. Akhirnya beliau berkata, mereka yang mempertikaikan kewibawaan polis adalah dijemput untuk menyertai operasi membenteras jenayah, bahkan akan ditempatkan di barisan hadapan supaya mereka memahami bahaya yang dihadapi polis setiap kali bertembung dengan penjenayah bersenjata. Melihat kepada lenggok bahasa dan body language beliau, kita nampak jelas kekesalan yang ditunjukkan hasil dari tuduhan liar ini.

Sahabat pembaca sekalian, marilah kita cuba memahami sedikit cara kerja anggota PDRM umumnya dan JSJ khususnya dalam menangani masalah pembenterasan jenayah berat ini. Sebahgian Warga Prihatin pernah berada bersama mereka untuk tugas berat ini, bermula dari usaha mendapatkan maklumat sehinggalah melakukan penangkapan. Tahukah kita berapa jam mereka keluar bekerja sehari, terutamanya bila menghadapi ancaman jenayah terancang yang dijangka akan memudaratkan masyarakat? Pernahkah kita bayangkan betapa ganas dan tidak berperi kemanusiaannya penjenayah apabila merasakan diri mereka terancam? Di mana kaki canang ini bila anggota PDRM di langgar mat rempit atau penjenayah yang enggan memberhentikan kenderaan apabila ditahan? Bahkan di mana mereka sewaktu kes tembak mati dan cedera parah anggota PDRM, pengawal keselamatan dan mangsa awam hasil perbuatan penjenayah ini? Begitu banyak kes culik, bunuh, rogol, rompak bersenjata yang gagal dikesan sehingga kini, di mana tukang canang ini? Apa pendirian mereka? Apa yang telah mereka usahakan untuk membantu?

Jika seorang peguam hebat memenangi kes melawan jenayah di mahkamah, mereka mendapat imbuhan yang banyak. Jika Penjenayah berjaya dalam rompakan atau mendapat wang tebusan hasil culik, mereka senang lenang.

Terfikirkah kita berapa banyak gaji dan elaun anggota Polis? Berapa banyak premium dan pampasan insuran mereka? Berapa banyak kerajaan bayar bil talipun peribadi mereka, khususnya untuk mendapatkan maklumat? Berapa banyak perbelanjaan luar jangka dan masa yang mereka terpaksa laburkan untuk mendapatkan maklumat? Anggota PDRM ini tiada keluarga yang perlukan perhatian kah? Tak perlu rasanya dijelaskan, tetapi cukup untuk dikatakan bahawa ianya tidak memadai sama sekali berbanding risiko dan masa yang mereka laburkan. Lantas untuk apa anggota PDRM bekerja?

Dari pengalaman bekerja bersama anggota PDRM membenteras sindiket dadah dan penjenayah, apa yang WP ingin kongsikan ialah kebanyakkan mereka bekerja untuk mendapatkan kepuasan hati di samping memenuhi arahan orang atasan mereka. Tetapi jika apa yang mereka lakukan untuk keselamatan awam kita pertikai dan nafikan, maka hilang kepuasan mereka bekerja dan prestasi mereka MUNGKIN menjadi lemah, jenayah mungkin dibiarkan oleh sesetengah dari mereka atau dibenteras mengikut cara ala kadar sahaja, nah.. siapakah yang akan sengsara?

Dalam kes jenayah berat yang telah sekian lama dilakukan risikan sehingga berjaya mengesan mereka yang disahkan memiliki senjata, bahkan telah berbalas tembak secara berdepan masih lagi ingin kita pertahankan?. Untuk tambah membakar sentimen rakyat, kita masukkan pula isu perkauman dan politik. Selain mempertahankan diri dan untuk menyelamatkan rakyat, terfikirkah kita dari segi hukum kanun Jenayah negara ini yang memilikki senjata api tanpa lesen juga seharusnya menghadapi hukuman mati? Apatah lagi setelah melakukan tembakan rambang, untuk apa tembakan rambang itu melainkan untuk membunuh? Jadi apa lagi pilihan yang ada di pihak polis? Tidakkah kita bayangkan jika kita berada di tempat anggota polis itu sendiri?

Fenomina membela kebatilan ini berlaku secara meluas termasuk dalam keluarga masyarakat negara ini, sehingga guru disiplin sekolah pun tidak dibenarkan menghukum pelajar yang melanggar peraturan, bergaduh, hisap rokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Ibu bapa, terutamanya yang agak mempunyai kedudukan bukan berterima kasih kepada cikgu, malah mengancam untuk mengambil pelbagai tindakan termasuk tindakan mahkamah dan menukarkan cikgu disiplin ke pendalaman. Maklumat ini kami kumpulkan sewaktu berurusan memberi motivasi cegah jenayah di sekolah-sekolah (sila rujuk beberapa artikel dan video berkaitan di www.prihatin.net.my). Akhirnya masalah gejala sosial dan gangsterism semakin bertambah hari demi hari.

Sebahgian isu ini telah disentuh oleh WP dalam artikel Jemputan Perpaduan UMNO, PAS, PKR – Bah 2. Kami sangat menginginkan agar masyarakat menganggap insitusi kepolisian ini sebagai rakan dan saudara. Lakukanlah apa sahaja agar kita dapat membantu mereka dengan ikhlas dan mereka pula dapat bertugas penuh semangat dan bertanggungjawab. Mereka semua insan biasa, ada naluri amarah dan budibicara. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Ini dapat kami sahkan melalui pengalaman bekerja bersama mereka. Kami amat terharu melihat mereka sanggup keluar membantu, bekerjasama membenteras jenayah hasil maklumat yang diberikan, tidak kira masa dan penat lelah, semata-mata atas rasa terima kasih dan menghargai kerjasama masyarakat terhadap tugas mereka.

Apa yang diperhatikan ialah apabila sentimen politik, habuan perniagaan digaul bersama dalam mengulas isu profesionalisma kepolisian ini. Janganlah jadi doktor yang inginkan orang sakit kerana inginkan pendapatan lebih dari rawatan yang kita tawarkan. Kami harap anda faham maksud yang tersirat.

Sentimen membenci anggota PDRM secara longgok dan beramai-ramai kelihatan menjadi-jadi semenjak berlakunya perpecahan politik negara dan bercambahnya kumpulan penjenayah dalam negara. Anggota PDRM yang terikat dengan arahan pemerintah yang dibelakangi politik pihak yang sedang berkuasa telah menjadi mangsa. Padahal PDRM hanya menjalankan tugas dan arahan, tidak kira dari parti mana yang sedang memerintah di tempat mereka bertugas. Jangan kita menipu diri sendiri dan terus menerus menyalahkan parti pemerintah tertentu. Beberapa buah negeri kini diperintah oleh Parti yang tidak selari dengan kerajaan pusat dan kita telah melihat banyak kes di mana anggota PDRM terpaksa bertindak mengikut arahan kerajaan negerii yang sedang memerintah.

Ayuhlah kita ketepikan seketika kepentingan perniagaan, sentimen politik dan kaum kita, demi kesejahteraan rakyat. Kita lihat kembali video yang kita jaja, bagaimana kedegilan dan provokasi dilakukan? Semuanya hasil dari kerja tukang canang dan batu api yang suka mengambil kesempatan. Jangan kira dari mana datang arahan, kita lihat budi bahasa PDRM yang menunggu 3 jam di luar rumah, berbincang 1 jam dalam rumah dan membawa keluar Dr Asri tanpa gari. Asal saja kita menurut kehendak mereka yang sekadar menjalankan tugas itu, pasti semua berjalan lancar. Benar salah atas kes penahanan itu kita minta mahkamah tentukan. Yang berlaku kekerasan adalah apabila kita menunjukkan kedegilan, provokasi dengan kata nista dan nada yang berbagai-bagai, sedangkan mereka tetap terpaksa melaksanakan tugas.

Tidak dinafi, perkhidmatan PDRM belum bersih sepenuhnya. Kes rasuah dan salahguna kuasa masih berlaku di sana sini. Kalau kita asyik menuding jari, tuduh menuduh, masyarakat jadi semakin renggang dari PDRM. keadaan tidak akan menjadi lebih baik, bahkan semakin ramai anggota yang akan mengambil kesempatan dari kekecohan ini untuk terus melakukan salahguna kuasa. Jika kita sayang untuk mengorbankan masa berharga, adalah lebih baik sarankan saja pihak kerajaan untuk menyediakan peruntukan kepada pihak-pihak awam yang sanggup duduk semeja dalam perbincangan keluarga bersama pegawai tinggi PDRM. Di situ, semua maklumat dan cadangan pembaikan boleh disalurkan dan kita boleh hidup sebagai keluarga besar bersama anggota PDRM tanpa rasa benci dan prejudis.

Kita kini beruntung kerana mempunyai Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan, yang amat prihatin, bekas Ketua Jabatan Tatatertib/Latihan dan dikenali sebagai amat lurus dan telus. Wajah luhur juga kelihatan dari peribadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Namun itu belum cukup untuk membantu membersihkan imej dan memperkasakan perkhidmatan PDRM seluruhnya tanpa kerjasama masyarakat. Jika kita terus menerus mengambil sikap bermusuh dengan PDRM, masyarakat keseluruhannya akan rugi. Jenayah akan menjadi-jadi. Bagaimana boleh kita bergantung harap dengan pihak yang kita benci dan caci? Tentu tidak masuk akal bukan?

Semuga sedikit perkongsian ini boleh memberi hidayah untuk kita sama sama memperbaiki keadaan. Janganlah buka ruang untuk jenayah berleluasa. Jangan kita terus menerus membenci dan mengutuk insitusi yang akan melindungi kita. Salam kasih dari seluruh Warga Prihatin, khusus untuk warga PDRM – cekalkan hati dan gandakan usaha

Antara Dua Hati..... cerita tentang kita

















Andai hatiku dibahagi empat..... pasti akan ku pisahkan mengikut bahagiannya.......
satu untuk ibuku agar dia sentiasa dilimpahi kesihatan
baik.
satu untuk isteriku agar dia mensyukuri.
satu untuk zuriatku agar dia menjadi aset untuk ku
setelah aku tiada.
Antara putaran siang dan malam aku di anugerahkan dengan nikmat rindu, sayang dan kasih. Buat semua darahku yang mengalir di alam ini, yang hidup di setiap pelosok dunia... ketahuilah, sesungguhnya ujian Allah itu amat berat untuk ku... Namun aku percaya Tuhan memilih ku untuk menghadapinya dengan iman... wallah'wqlam!

Memori Duka - kerjaya & sebuah harapan (PDRM) peristiwa berdarah Bukit Kepong

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis.

Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Apabila pihak komunis memulakan pengepungan, pihak komunis percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1. Kelebihan senjata dan jumlah anggota
2. Keadaan stesen yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong ketika itu diketuai oleh OCPS Sarjen Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika kejadian, dia tiada di situ, kemungkinannya pekara yang diketahui oleh pihak komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 polis Melayu dan Konstabel Polis Marin di bawah Sarjen Jamil Mohd Shah. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal khas dan empat polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang polis kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak polis tinggal di berek kelamin di sebelah belakang balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan polis marin di situ.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan mereka dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu dan Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 4.15 am. apabila SC Jaffar mencabar dan menembak seorang anggota komunis yang sedang memotong kawat duri.

Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap mengejutkan pihak polis tetapi kini menerima tentangan hebat, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Allahyarham Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Beberapa anggota terbunuh apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Tambahan beserta sekumpulan sukarelawan digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh pasukan pengawal belakang komunis dan beberapa orang turut terkorban. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Stern Gun turut dimusnahkan komunis.

Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Miriam Ibrahim, isteri kepada konstebel Mohamad Jaafar. Pihak komunis memaksa Miriam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Miriam dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga mati setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek pegawai dan stesen polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari stesen yang terbakar dan menyerbu kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya mengalahkan polis dan membakar stesen itu. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (dalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk seramai 7 orang yang diketuai oleh ketua kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Tambahan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding rifle dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbang, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.

Mereka Yang Terkorban:

Sjn. Jamil Mohd Shah (Ketua Polis Balai Bukit Kepong)

MM 7493 Mohamad Jaafar

MM 3933 Hamzah Ahmad

MM 60 Ibrahim Adam

MM 8680 Jaafar Hassan

MM 9136 Hassan Othman

Kpl. 7068 Mohd Yassin Hj. Abdul Wahab

L/Kpl. 7186 Jidin Omar

Mereka Yang Tercedera:

MM Othman Yusof

MM Abu Bakar Daud

MM Ahmad Khalid

MM 7645 Yusof Rono

al-fatihah untuk rakan seperjuangan SANGSAKA BIRU....


Yang baik itu budi yang indah itu bahasa

Amar ma'ruf nahy munkar adalah satu tuntutan bukan satu pilihan ( not an option) sekiranya anda serius untuk menyertai "Kelab Muflihuun" (orang-orang yang beruntung/berjaya – surah 3: 104/110). Akan tetapi, hasil akhir iaitu samada usaha anda berjaya atau tidak bukan terletak di tangan anda kerana ia adalah hak prerogatif Allah selaku Pemberi Hidayah. " Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu cintai sekalipun, tetapi Allahlah yang akan memberikan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki" (Surah Al Qasas:56) Usaha yang dituntut dari seorang da'ie yang tahu bahawa melakukan amar ma'ruf nahy munkar bukan satu pilihan adalah memastikan dia mengambil langkah-langkah sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah anNahl ayat 125 itu agar dakwahnya berjaya menembusi pemikiran dan perasaan target dakwahnya, bukan hanya untuk menang hujah apatahlagi memberitahu seluruh alam betapa hebatnya dia memuntahkan idea@ berhujah. Dari Abu Umamah Al-Bahili Radhiallaahu anhu , dari Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam baginda bersabda,
"Aku menjamin rumah di tepi syurga bagi siapa saja yang meninggalkan miro' (perdebatan) walaupun ia berada di pihak yang benar."



Ingatlah, jika menang hujah menjadi niat kita, dakwah itu tidak akan kemana sebaliknya akan lebih mengundang fitnah sekiranya identiti yang anda rahsiakan itu terbongkar (sekiranya anda merahsiakan identiti anda) dan pada ketika itu, adakah anda mahu menjadi seekor burung kasawari yang menyembunyikan kepalanya di dalam tanah setiap kali ujud ancaman?



Marilah kita bertanyakan diri sendiri secara jujur apakah matlamat dakwah dan aktiviti amar ma'ruf nahy munkar yang kita buat? Jawablah dengan jujur adakah kita telah menggunakan uslub terbaik hingga Islam itu meniti dari bibir ke bibir? Adakah kita hanya ingin mempamerkan kehebatan kita mengukir ayat, sajak atau puisi – semata-mata untuk kepuasan peribadi dan pujian dari orang lain? Adakah kita hanya menulis sesuatu yang lahir dari emosi hanya kerana sikap kita (pre-conceived idea) pada sesetengah pihak?



Tulisan panjang lebar di atas ini adalah peringatan kepada diri sendiri supaya tidak menulis sesedap rasa sebaliknya menggunakan kesempatan, uslub dan wasilah yang dimiliki untuk menyampaikan walau satu ayat (hadis dari Abdullah bin Umar) dengan cara paling baik hingga dapat mencapai matlamat ini:-


• Dapat membuat orang lain yang mendengar senang dan menjadikan hatinya luluh.

• Memberikan pengaruh yang besar kedalam jiwa orang yang mendengarnya.

• Membuahkan efek positif dan tindakan yang baik dalam segala keadaan, dengan izin Allah.

• Dapat membuka pintu-pintu kebaik-an dan menutup pintu-pintu keburukan.



Berdakwahlah dengan cara terbaik tetapi bukan semata-mata untuk menjaga imej diri sebagai da'ie, menjaga imej parti atau gerakan yang kita sertai – tetapi ia adalah kepatuhan kepada hukum syarak yang menjadi prasyarat untuk menghasilkan akhlaq yang baik.



Sepuluh jari saya susun jika bahasa yang dipilih tidak sesuai dan menyinggung perasaan mana-mana pihak.



Sekian, wassalam.

Wednesday, March 17, 2010

Bukan Cinta Biasa

Begitu banyak cerita

Ada suka ada duka

Cinta yang inginku tulis

Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza

Masalah pun tak sama

Ku tak ingin dia ragu

Mengapa mereka selalu bertanya


Cintaku bukan diatas kertas

Cintaku getaran yang sama

Tak perlu dipaksa

Tak perlu dicari

Kerna kuyakin ada jawabnya oh...

Andai ku bisa merubah semua

Hingga tiada orang terluka

Tapi tak mungkin

Ku tak berdaya

Hanya yakin menunggu jawapnya


Janji terikat setia

Masa merubah segala

Mungkin dia kan berlalu

Ku tak mahu mereka tertawa


Diriku hanya insan biasa

Miliki naluri yang sama

Tak ingin berpaling

Tak ingin berganti

Jiwa ku sering saja berkata


Andai ku mampu ulang semula

Ku pasti tiada yang curiga

Kasih kan hadir tiada terduga

Hanya yakin menunggu jawapan

Kita selalu Bertanya.... .........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI ?.

... DAN AL-QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dengan mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA AKU FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat
12