"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ



A Journey Of A Thousand Miles Begins With A Single Step

Wednesday, January 19, 2011

untuk berjaya;kena percaya

"Untuk berjaya, kena percaya!" kata Mr. X.

Ringkas sahaja. Namun cukup bermakna. Untuk memudahkan perbincangan, kita rangkumkan percaya dan yakin dalam satu pakej.

Kita percaya yang kita akan hidup esok hari, maka kita sibuk merancang. Program diatur dengan hati-hati. Kalendar penuh. Jemputan sana sini. Pendek kata, sungguh teratur hidup kita. Perancang berjaya!

Menariknya kita percaya juga untuk mati, tapi...(isikan tempat kosong dengan jawapan sendiri)

Maka sebenarnya, adakah kita percaya dengan kematian? Atau kita bersikap menafikan (denial)?

Semestinya jarang manusia sukakan kepada penghujung (ending). Sentiasa ada tangisan yang mengiringi perpisahan. Maka tidak pelik untuk melihat manusia menangis meratapi kematian orang tersayang.

Tapi sahabat, mari kita menukar cara pandang kita. Bagaimana jika kematian itu bukan penghujung, tapi permulaan. Permulaan yang bakal menentukan kejayaan atau kegagalan.

Benar, permulaan juga disambut dengan air mata. Tapi air mata itu adalah air mata keriangan dan kegembiraan. Alangkah bahagianya mereka yang mendapat syurga. Subhanallah.

Berbalik kita kepada pesanan Mr. X, percayalah anda akan berjaya. Namun untuk berjaya anda kena ikut orang yang berjaya. Ikut orang yang tidak berjaya, anda teraniaya!

Kehidupan kita ini ada banyak cara untuk sampai ke penghujungnya. Jalan yang mana sekalipun anda pilih, anda tetap akan sampai ke hujungnya. Sesungguhnya, cara hidup kita akan menentukan cara mati kita, pesan Imam Ghazali. Maka kisahlah akan cara hidup kita.

Sambung Mr. X lagi,
"Percaya mesti disertai usaha. Percaya itu dalam diri kita. Tapi usaha itu manifestasi kepercayaan kita."

Manifestasi. =)

Ayuh kita menjadi orang yang percaya dan berusaha. Tatkala Nabi s.a.w mengkhabarkan kepada sahabat yang Kota Konstantinopel (Constatinople) akan dibuka, maka yang mengiringi kepercayaan itu adalah angkatan tentera yang berusaha untuk membuka kota bertuah itu.

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Monday, January 17, 2011

Assalamualaikum.
Alhamdulillah semalam saya cuba juga bermujahadah baca sebuah buku ni.
walapun hanya beberapa helai.
better than never right?

Tajuk nya : Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami.
ia sangat menarik.for me,bestla,ada 1 part yg menarik perhatian sy untuk berkongsi dengan kamu di sana~

Ar rafiiq qabla thaariq.
memilih teman harus didahulukan sebelum memulai perjalanan. Perjalanan yang bagaimana? Teman yang bagaimana?

Dalam kita menempuh jalan dakwah ini, pasti sepastinya kita tak mampu untuk menempuhnya seorang diri. Akan tiba 1 ketika yang kita sendiri membutuhkan seorang teman tempat kita berbincang, meluahkan perasaan kerana sehingga saat ini, saya yakin semua bersetuju yang jalan ini pasti penuh dgn air mata.bukan hanya senyum dan tawa. kerana jalan ini butuh pengorbanan yang besar dari kita.

Imam Ghazali ada berkata dalam Kitab Ihya Ulumuddin,

” Hendaknya org yg ingin bepergian memilih teman.
Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan.
Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah org yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip agama , mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia tersedar.
Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya.
Dan seseorang itu tidak dikenal kecuali dgn melihat siapa temannya….”

Begitu pentingnya seorang teman dalam kita menempuh perjalanan kita ini, bukan sahaja perjalanan kalau nak balik kampung dari utara ke selatan ke, malah ia sangat dituntut dalam perjalanan jalan dakwah kita yang pastinya panjang dan infiniti ini.

Hadith Rasulullah S.A.W pula,
” Andai manusia mengetahui apa yang akan dialami seseorang jika ia seorang diri,
nescaya tak ada orang yang menempuh perjalanan malam seorang diri.”

Hatta, Nabi Musa sendiri pun, dalam surah Thaha,20:29-30 yang berbunyi,
“dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, yaitu Harun saudaraku”
membutuhkan seorang teman dalam menempuh jalan ini, inikan pula kita manusia biasa kan…

Perjalanan dalam dakwah ini juga, sama seperti perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Contoh: perjalanan balik kampung menaiki kereta perlukan kereta yang siap diservis, ahli keluarga yang sihat so that, tak delah kena patah balik ke hospital kalau tiba-tiba ada yang sakit ke (tapi semua tu dengan izin Allah la kan) , bentou yang dah siap dipacking ke so that boleh jimat kos perbelanjaan dan lain-lain.

Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah,
Ar rafiiq ash shaalih. –>> Teman yang baik.

Ada kata-kata bijak pandai, sahabat yang baik adalah cerminan diri kita sendiri.


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat

ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi.

Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya.

Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Jadi, sama-samalah kita mencari dan juga berusaha menjadi ar rafiiq ash shalih itu.
Jangan hanya mengharap dari sebelah pihak sahaja, malah kita sendiri juga perlu menjadi teman yang baik dalam perjalanan sahabat kita itu juga.
Kerana kita kan sama-sama mahu mengejar syurga dalam perjalanan menggapai mardhatillahNya bukan?

di petik dari: indonesia press

~Pimpin tanganku jangan lepas~
Allahualam.wassalam.- mr someone PadLyoSEptember

Friday, January 14, 2011

LAFAZ SAKINAH; untuk DIA

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda...

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puteri kita kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia dia dari redhamu

sekadar menulis

Sekadar menulis apa yang terlintas tanpa merancang, tanpa membuat perincian..sekadar sign in dan mengingat kembali, perjalanan hidup, perjalanan apa yang terlintas di fikiran tidak memikirkan kesalahan susunan atau gaya bahasa di dalam penulisan sekadar ingin menulis.

Apa yang aku fikirkan? Rasa ingin menjadi hamba, merasa jiwa sebagai hamba namun aku juga manusia. Cinta kadang2 rasa ingin cinta tapi harus bagaimana, bagaimana harus mentafsirkan cinta di dalam diri kadang2 yang sukar difahami. Amanah, salah satu yang penting.. tidak amanah



1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya

ada masanya merasakan ada juga sifat2 munafik dalam diri. skadar muhasabah kelemahan diri tanpa perlu terlalu menjaga tepi kain orang. Kadang2 keliru dalam perjuangan mencari dan menyedari hakikat untuk apa aku dijadikan. Syaitan musuh utama doa itu penting, jadi amalkan doa


Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Give me a guidance

why..
Ya Allah, please give me a guidance
dont let me being forgetful
for knowing what purpose i've been created
please let me behave
please let me act
please let me interact
please let me
let me live for being grateful

sometimes why am i
don't feel nothing fo being sinful
even though in my heart
im screaming
screaming for your kindness
help me to get stronger
for the sake of ad deen

please give me the strength
i want to live without sorrow

INTEGRITI.... bukan tunjuk pandai sekadar untuk dikongsi.

berdasarkan tajuk...
semalam mungkin ya.. aku berpeluang mendengar sesuatu input dalam IKIM.FM sesuatu tentang integriti.. mulanya apa yang cuba aku faham ialah perkara2 yang boleh menghalang integriti, dalam penerangan 10 input diberikan kerana masa penyiaran tidak cukup. Setelah itu dinyatakan pula ciri2 orang berintegriti dalam 10 ciri.. hanya 9 yang sempat aku catatkan pada kertas, antaranya.

2- Tidak mahu berkompromi dengan nilai yang boleh merosakkan diri
3-Prestasi dan kemampuan yang baik boleh ditunjukkan pada manusia, tetapi paling2 pada Allah juga mesti begitu
4-Adil ditempat kita berurusan
5-Tidak bertukar personaliti mengikut tempat dan suasana
6-menjadi ikon pada yang benar, pertahankan yang benar
7-berusaha untuk mencapai kelemahan sifar
8-Boleh diharap untuk menjadi sandaran kukuh
9-Bila tau keaiban atau kelemahan berusaha untuk menutup
10-Hasil kerja berkualiti

Renungan Bersama...

Gunakan akal, fikirkan masa depan. Ketika mahu berbuat kebaikan, pastikan kamu adalah orang yang paling hadapan. Tetapi apabila ingin membuat kejahatan, fikirkanlah bahawa lambat atau cepat kejahatan itu pasti berbalik kepada diri kamu sendiri kemudian. Apabila 'berjalan' mestilah ke 'depan', bukan ke 'belakang'. Datang tidak perlu diminta, pergi tidak perlu disuruh, hadir bukan untuk dipandang, hilang bukan untuk dirasa...Tangan si pemberi bunga akan kekal berbau wangi...

Wednesday, September 1, 2010

Renung-renungkan....

Ancaman ajaran-ajaran sesat bukan sahaja mengancam akidah umat islam di Malaysia malahan menggugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Oktober 1974 - menyaksikan pasukan keselamatan diserang oleh kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat di Kampung Dedap, Rantau Panjang dan pengasas ajaran Tajul Ariffin yang mengakui diri sebagai Imam Mahadi telah mencederakan seorang imam masjid di Rapat Setia, Ipoh.

Negara pernah digemparkan dengan tragedi serangan Balai Polis Batu Pahat, Johor, oleh kumpulan ajaran Nasir Ismail pimpinan Ahmad Nasir Ismail yang berasal dari Kemboja.


Peristiwa 16 Oktober 1980 itu menyebabkan :

Ramai anggota polis mendapat kecederaan termasuk beberapa orang awam. Selepas itu, kumpulan Ibrahim Libya telah bertempur dengan pasukan keselamatan di Baling, Kedah, pada tahun 1986 mengakibatkan beberapa pengikutnya terbunuh termasuk beberapa anggota pasukan keselamatan. Lebih mengejutkan, para pengikut Ibrahim Libya sanggup menggadai nyawa membentuk manusia bagi menghalang ketua kumpulan itu ditahan.

Sekitar tahun 1990-an hingga 2000 – Al-Arqam dikesan bergiat aktif di bawah pimpinan Ashari Muhammad yang berpegang kepada tarikat Aurad Muhammadiyah. Pemimpin Al-Arqam ini akhirnya mendakwa diri sebagai Imam Mahadi dengan mengemukakan 13 dalil Ashari Muhammad adalah Imam Mahdi. Negara sekali lagi dikejutkan dengan tragedi sebuah kumpulan silat dengan nama Al-Maunah pimpinan Mohd Amin mencuri senjata di dua kem tentera di Sauk. Peristiwa yang dikenali sebagai tragedi Sauk dan Bukit Jenalek berakhir dengan kematian dua anggota polis dan ahli kumpulan Al-Maunah menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Malaysia mempunyai metodologi khusus dalam menangani kumpulan-kumpulan ajaran sesat seperti Haji Kahar Ahmad dan ramai lagi. Mana-mana pemimpin ajaran sesat dan para pengikutnya akan ditahan di bawah perintah pihak berkuasa Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Mereka akan di hadapkan ke mahkamah dan boleh dipenjara atas perintah mahkamah. Dalam pada itu, orang-orang seperti Haji Kahar Ahmad dan pengikutnya disaran bertaubat kepada Allah dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Bagi menyelamatkan akidah mereka daripada terus terpesong jauh, pusat-pusat pemulihan akidah di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan dan Selangor digunakan untuk mengembalikan akidah mereka kepada Islam.

Orang ramai dinasihatkan jangan terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah songsang dengan menyajikan beberapa ajaran pelik, menarik dan menyimpang daripada Islam. Mereka dinasihatkan merujuk kepada jabatan-jabatan agama berhampiran untuk mendapatkan maklumat dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan dengan individu yang mendakwa sebagai nabi dan rasul, menolak al-Quran sebagai kitab suci, mengamalkan pelbagai amalan tarikat yang bercanggah dengan syariat, mendakwa diri sebagai Imam Mahadi, mengamalkan pernikahan batin dan menolak hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah.

Kebanyakan kes membabitkan orang ramai terjebak dalam ajaran sesat seperti ajaran Haji Kahar Ahmad ini bermula daripada sikap terlalu taksub kepada pemimpin. Ketaksuban yang terlalu menggunung menyebab hati mereka buta untuk menilai perlakuan songsang lalu menerima ajaran salah sebagai ajaran Islam sebenar. Difusi ajaran salah ke atas jiwa pengikut ajaran salah ini dikesan banyak berlaku di kalangan anggota ajaran sesat dari golongan profesional. Pada peringkat awal, mereka ´mencari´ sinar Islam dengan mendalami syariat Islam tetapi tersilap langkah apabila menerima bulat-bulat setiap ajaran yang disampaikan oleh ´Tok Guru´ tanpa asas agama yang kukuh.

Renungan; sebaik-baik kitab adalah kalam Allah (al-Quran) sebagai petunjuk dan jalan ke arah kebahagian di dunia dan akhirat. Sebaik-baik ´berguru´ adalah ´berguru´ dengan guru yang alim, benar jalan agamanya dan tidak menolak al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias. Sebaik-baik guru itu adalah mereka yang tidak menolak Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sebaik-baik kehidupan beragama itu adalah Islam, cara hidup yang sempurna dan agama yang diredai oleh Allah.

Dan mengertilah, ada diantara kita... sedang mencari cari ilmu dan diberi kesempatan untuk mendalaminya , jangan lah dibinasakan niat mereka dengan sifat "jahil berilmu" kita, kita bukanlah pemimpin yg terbaik sepertimana Rasulullah saw, kita hanya segelintir dari berjuta manusia lain yang menumpang didunia, jangan lah kita cepat merasa ilmu dan iman kita melebihi dari orang lain....

selamat beramal.... fikir-fikirkan.....
selamat berpuasa dan meraikan kemenangan dengan berhari raya..... wallah'aqlam

Sunday, August 22, 2010

Ibu ana selamat sampai ke tanah suci buat Ramadhan kali ini

Allah Huakbar.......

Bismillahhirrahmanirrahim, ana berdoa agar ibu ana dilimpahi segala nikmat Allah, biarlah sisa-sisa hidupnya dibanjiri kerahmatan dan kedamaian anak-anak.

Ibu ana insan yang paling ana kagumi dalam hal-hal mendidik anak-anak sehinggakan semuanya berada dalam naungan Allah swt. InsyaAllah. walaupun dirinya sendiri hanya dibesarkan tanpa ilmu yang formal dan penuh dihujani peluh membilang pohon-pohon getah demi sesuap nasi dan masa depan anak-anak.

Ana bangga kerana Allah menjadikan ana dari sebuah keluarga yang bukan sesiapa, sekadar kami berkongsi setalam nasi..........

Tuesday, August 10, 2010



KITA BOLEH BERBILANG BUDAYA, RASA DAN PERCAYA, TETAPI IA BUKAN ALASAN UNTUK KITA MENCETUS SENGKETA..... BAHAGIA ITU BOLEH BERADA DI MANA-MANA

PESAN IBU

Pesan Ibu, Jangan kau redah lalang pinggir sawah,
dan... biarkan dengkur cengkeriknya sahut menyahut,
biarkan ia menemani haruan puyu sepanjang musim.
jangan kau ubah, jangan kau sanggah..... JANGAN.

" aku mengangguk-ngangguk, antara dengar dan tidak,
terlalu banyak dongeng lama yang singgah di telinga,
dan... hati aku selalu tercuit, senyum bersahaja "

baru semalam aku menangis,
bila lalang-lalang itu punah, rentung oleh nyalaan setanggi dan pesta bunga api, dan... aku dengar, terlalu riuh, gemuruh sorak ria kroni-kroni kaya.

bangkai-bangkai cengkerik itu pun terbang berserakan.

malam ini, tiada lagi irama dengkurnya,
dan... tari haruan puyu pun mula jadi canggung,

telah mati seri malam dan malam-malam esoknya,
segalanya jadi terlalu sumbang, terlalu pincang.

aku teringat Pesan Ibu, jangan janGAN JANGAN

Tuesday, August 3, 2010

Benarkah aku?

Ketika aku tidak lagi tertarik untuk mempelajari dan mendalami pemikiran-pemikiran kelompok lain yang dianggap lebih maju dan masuk kedalam golongan itu untuk bersama-sama memperbaiki nasib umat seperti yang banyak dilaungkan, dan memilih lebih meningkatkan usaha untuk mengenal agama ini melalui para ulama yang terbukti benar-benar konsisten menyebarkan ilmu yang shahih, dikatakan sebuah kemunduran, maka cukuplah bagiku dengan apa yang kuyakini. Karana kewajiban setiap manusia yang paling utama adalah menyelamatkan dirinya dan keluarganya dari api neraka, dan bukan menyelamatkan orang lain, sebagaimana termaktub dalam firman Allah سبحانه وتعالى berikut:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Dan jalan untuk menyelamatkan diri yang terbaik adalah dengan meraih ridha Allah سبحانه وتعالى, sebagaimana yang firmankan-Nya dalam surat At-Taubah, mengikuti para pendahulu yang pertama kali masuk Islam, dengan ihsan.

Ketika mencukupkan diri dengan keyakinan bahwa segala kebaikan hanya dapat diraih dengan istiqamah di atas manhaj salaf, disamakan dengan keterbelakangan, maka yang disebut keterbelakangan itu adalah lebih baik bagiku.

Ibnu Mas’ud radiallahu anhu berkata: “Barangsiapa di antara kalian ingin mengikuti sunnah, maka ambillah dari orang yang telah wafat, karena orang yang masih hidup tidak akan selamat dari fitnah. Orang-orang yang telah wafat ini adalah para sahabat Muhammad صلى الله عليه وسلم. Mereka adalah generasi terbaik dari umat ini dan yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya (tidak suka memberat-beratkan dalam agama). Mereka adalah kaum yang telah dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menemani Nabi-Nya صلى الله عليه وسلم serta menegakkan agama-Nya. Karena itu, pahami keutamaan dan kemuliaan mereka dan ikutilah jejak mereka dan berpegang teguhlah kepada akhlak dan agama mereka semampu kalian. Sesungguhnya mereka berada di atas jalan yang lurus.

Monday, July 26, 2010

Ubat diri sendiri tapi jgn terus disimpan, biarkan umpama air yang mengalir..

takper...kita bersabar aje...
biar orang buat kita...jangan sesekali kita buat orang...

kepada brader 'LU BUKAN BRADER' ni...:

tak baik buat orang macam ni bro...

tapi takperlah...

bila kau dah puas 'terbang' tinggi dan khidmat kau tak diperlukan lagi...

kami do'akan kau tau cari 'jalan pulang'...

Jangan sombong dan angkuh perkara dunia semata

Seorang pemuda yang bertamu ke rumah seorang Tuan Guru sedang kehairanan...

Dia melihat Tuan Guru sedang sibuk mengangkut air dengan timba dan mencuci lantai rumahnya dengan bersungguh-sungguh.

Keringatnya bercucuran deras.

Menyaksikan keganjilan itu, pemuda itu bertanya, "Apa yang sedang Tuan Guru lakukan?"

Tuan Guru menjawab, "Tadi serombongan tamu datang ke rumahku meminta nasihat.
Aku memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka.
Mereka pun nampak puas sekali.

Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba aku merasa menjadi seorang yang hebat.

Kesombonganku mulai muncul...

Kerana itu, aku melakukan ini untuk MEMBUNUH perasaan sombongku..."
.
.
.
Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua...yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.
.
.

Di tingkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor KEBENDAAN:

Kita merasa lebih kaya, lebih berpengaruh dan lebih penting daripada orang lain.
.
.

Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor KEPANDAIAN:

Kita merasa lebih pandai, lebih kompeten dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain.
.
.

Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor KEBAIKAN:

Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah dan lebih betul dibandingkan dengan orang lain.
.
.

Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sulit pula kita mengesannya.

Sombong kerana kebendaan sangat ramai...maka sangat mudah terlihat.

Namun sombong kerana kepandaian apalagi sombong kerana kebaikan, susah dikesan kerana ia seringkali terbentuk sebagai benih-benih halus di dalam batin kita.

Akar dari kesombongan ini adalah EGO yang berlebihan.

Lumrahnya, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence).

Akan tetapi, kedua sikap ini berubah menjadi kebanggaan (pride)...justeru anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan.

Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas.
.
.

Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu EGO di satu kutub dan KESEDARAN DIRI di kutub yang lagi satu.

Pada saat kita lahir ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya
apa-apa.

Akan tetapi, seiring dengan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup.

Keenam-enam panca-indera kita mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

Perjalanan hidup cenderung mengiringi kita menuju kutub EGO...

Illusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme ketamakan (kesukaan yang ekstrem) dan kebencian (ketidak-sukaan yang ekstrem).

Inilah akar dari segala permasalahan!

Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju KESEDARAN DIRI.
.
.

Untuk melawan kesombongan dengan segala bentuknya itu, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.

PERTAMA, kita perlu menyedari bahawa pada hakikatnya kita bukanlah MAKHLUK FIZIKAL, tetapi MAKHLUK SPIRITUAL.

Kesejatian kita adalah bersifat rohani sementara tubuh fizikal hanyalah peralatan untuk hidup di dunia.

Kita lahir dengan tangan kosong dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong.

Pandangan seperti ini akan membuat kita melihat semua makhluk dalam kesamaan yang universal.

Kita tidak akan lagi dikelabui oleh penampilan, label dan segala "tampak luaran" lainnya.

Yang kini kita lihat adalah "tampak dalaman".

Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai
kesombongan atau illusi ego.

KEDUA, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri.

Kita memberikan sesuatu kepada orang lain adalah juga demi kita sendiri.

Susah faham?

Begini...

Dalam hidup ini berlaku hukum kekekalan TENAGA.

Tenaga yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah musnah.

Tenaga itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain.

---> Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta-kasih dan sayang, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam.

Jadi...maksudnya:

setiap kali kita berbuat baik kepada orang lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri...

...dan setiap kali kita menyakiti atau menyinggung hati orang lain...bermakna kita menyakiti dan menyinggung hati kita sendiri!

Hmm...jadi...kalau dah macam tu...

Apa Sebenarnya Yang Kita Nak Sombongkan.....?
.
.
.

*Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Peliharalah diri kamu dari api neraka meskipun dengan sedekah separuh buah kurma...

jika tidak dapat maka katakanlah dengan perkataan yang baik-baik (nasihat)..."

(HR Bukhari & Muslim) *

Seksyen 20 Akta Polis

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-


• menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
• memproses risikan keselamatan;
• menjalankan pendakwaan;
• memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
• memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
• melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
• mempamerkan maklumat;
• melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
• menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
• memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
• melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
• menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
• menjaga ketenteraman didalamnya dan
mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.


Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Tuesday, July 13, 2010

104

Satu masa dahulu aku punya no ni..... dan aku telah lupakan dan simpan dalam agar ianya abadi, namun takdir jua yg terjadi kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Hari ini 104 kembali menjadi milikku untuk satu tempoh yang belom aku pasti, namun yang ada hanyalah sebuah kenangan yang terindah.

Sebagai makhluk Ilahi, aku bersyukur kerana ianya terlimpah untuk ku rasa, teruji untuk menilai ketaatan. Hari ini aku tiba-tiba terkenang saat itu.

Doaku agar ia abadi selamanya..................

Sunday, June 13, 2010

Trip ke Maran, Pahang

Bulan berganti bulan, tup-tup dah pun Jun.... dalam bulan nie ana ingin menyusuri daerah Maran bersama Isteri dan anak-anak.

Namun sedang tercari-cari tempat penginspsn yg sesuai.....

Saturday, May 1, 2010

Asal usul dan sejarah Hari Pekerja

Apakah asal-usul Hari Pekerja ?

Oleh Rosa Luxemburg

Ditulis pada tahun 1894. Diterbitkan buat kali pertama dalam Bahasa Poland, dalam Sprawa Robotnicza. Diterjemahkan mengikut petikan dari Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard (New York: Terbitan Monthly Review, 1971), muka surat 315-316.

Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (2002).

Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dilahirkan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.

Yang pertama untuk mengikuti contoh pekerja Australia merupakan pekerja Amerika. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Namun, pada tahun 1888, mereka memperbaharui keputusan mereka dan mengambil keputsan bahawa perayaan seterusnya akan diadakan pada 1hb Mei, 1890.

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.

Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan cara seperti kilat idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan .

Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.


Dipetik dari sumber....//

Guru yang di Sukai vs Guru yang di Benci

Enam murid dalam enam darjah – satu hingga enam, di sebuah sekolah rendah telah memberi jawapan kepada pertanyaan saya. Jawapan mereka menarik dan perlu dikaji oleh pihak – pihak berkenaan, agar tidak berlaku di sekolah, guru tampar dan maki murid.

Di bawah ini adalah jawapan – jawapan daripada murid – murid tersebut:

Murid Tahun Satu: Guru kami, perempuan, belum kahwin.Dia baik. Saya suka belajar dengan dia.

Murid Tahun Dua: Saya seronok belajar pada Cikgu Kamaruddin. Saya lekas pandai. Dia baik. Dia jawab pertanyaan kami dengan baik. Kami rasa dia macam abang kami.


Murid Tahun Tiga: Saya tak suka belajar pada Cikgu Bedah tu. Garang. Kami tanya dia marah. Suka pukul kami. Kami belajar tak seronok…

Murid Tahun Empat: Tak seronok belajar pada Cikgu Abu tu. Dia ngantuk. Bila kami tanya dia marah – marah. Selalu pegang rotan macam nak pukul kami.

Murid Tahun Lima: Jemu, jemu belajar pada Cikgu Norma tu. Suka pukul kami. Kami tanya dia marah. Dia kata kami bodoh. Kami tak suka belajar pada dia tu…Kawan saya kata dia bermadu.


Murid Tahun Enam: Cikgu Hendon sudah tua, garang macam rimau, sikit – sikit pukul kami dengan pembaris. Kami tanya dia marah …Panas baran. Kawan saya kata dia tu janda.


Murid Tingkatan Satu : Cikgu Zai tu payah nak berunding, Kalau tanya cepat nak potong cakap, dalam kelas pun sama siap perli-perli lagi. Kawan-kawan saya cakap dia tu Anak dara tua.


jadi.. apa yg boleh kita cuba jelaskan biarlah bersepadanan, jangan sampai perbuatan yang murni di salah erti.


Thursday, April 29, 2010

Cerita realiti - khayalan vs kenyataan

Assalamualaikum.......
Aku tak dapat tidur malam nie.. tak tau lah kenapa ..... esok pagi dah kena masuk dewan peksa da jam 9....
Dalam masa tak dapat tidur nie aku teringat pada sesuatu..... something and someone....


Suatu hari tu, aku menonton cerita Criminal Mind. Al-kisahnya, salah seorang pekerja dia selalu bermimpi, mimpi kematian seorang budak, seorang budak yang seolah-olah menyalahkan dia kerana tidak cuba menyelamatkan budak tu. Sedih juga. Bila dalam mimpi tu, dia melihat ayahnya yang membunuh budak itu, bermati-matian dia cuba menyelidik dan mencari bukti bahawa pembunuh budak itu adalah ayahnya sendiri. Kematian budak itu, sememangnya wujud dan bukanlah mimpi kosong. Cumanya, ibu dan ayahnya tidak pernah memberitahu perkara sebenarnya, dan rupanya, dia terlalu memikirkan kisah itu sedari kecil lagi.

Apa yang aku cuba nak selitkan adalah, apabila dia cuba bertanya mengenai budak yang mati tu, ibunya kata itu adalah kawan khayalan dia. Budak itu tidak pernah wujud walaupun diakhir ceritanya memang budak itu benar-benar wujud, tetapi telah meninggal dunia dibunuh oleh penculik kanak-kanak.

Pokoknya, apakah benar wujudnya kawan khayalan dalam hidup kita? Bagaimana kita definasikan kawan khayalan itu? Adakah kita sudah gila apabila kita berkawan dengan kawan khayalan? Aku terfikir, bagaimana wujudnya kawan khayalan sebenarnya?

Dan aku terasa, rupanya aku juga punya kawan khayalan. Kawan yang sentiasa mendengar masalah aku, sentiasa mendengar kisah-kisah silam aku, yang tidak penat mendengar nasihat dan memberi nasihat, yang sentiasa bersama walau susah atau senang. Kawan khayalan adalah kawan yang sempurna, yang tidak ada cacat celanya, yang tiada kawan lain yang mampu menjadi sehebatnya, kerana dia hanyalah rekaan kita. Dia hanyalah kehendak kita, sebab itu orang kata cinta itu buta. Kerana kita terlalu berkhayal bahawa lelaki atau wanita kesayangan kita itu cukup sempurna, walaupun ianya hanya khayalan kita sahaja, walhal realitinya terlalu banyak kekurangan yang ada.

Aku ada seorang kawan khayalan, yang wujud dirinya aku tidak pasti, dan penghujung kisah hidupnya dan aku juga tidak tahu ke mana kerana dia cuma ada dalam khayalan. Tidak pernah temu, tidak pernah lihat, tidak pernah kenal, tidak pernah sua, apa yang pasti, kawan khayalan ini hanyalah kawan yang mendengar, bercerita, menasihat, mengingatkan, menenangkan, dan macam-macam lagi. Realitinya tidak kelihatan, cukuplah ia mampu membuat kita tenang dan terasa ada sesuatu yang memberi sokongan ianya sudah cukup bagus. Cukuplah ada yang sudi mendengar, sudah terasa leganya. Sudah terlepas sedikit beban, cukuplah semua itu.

Selebihnya, kita memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk menjaga diri kita, memastikan jiwa kita tidak sakit, memastikan ruh kita tidak lari jauh dari jasad, dan sentiasa memastikan hidup ini seiring dunia dan akhirat.

“Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3)

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan dan permainan (sementara) dan sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan akhirat, andainya mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut : 64)

Moga hati ini sentiasa tunduk dengan perintah Allah. Ampuni hamba-Mu Ya Allah. Wallahualam.

Wassalam.