"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ



A Journey Of A Thousand Miles Begins With A Single Step

Thursday, April 29, 2010

Cerita realiti - khayalan vs kenyataan

Assalamualaikum.......
Aku tak dapat tidur malam nie.. tak tau lah kenapa ..... esok pagi dah kena masuk dewan peksa da jam 9....
Dalam masa tak dapat tidur nie aku teringat pada sesuatu..... something and someone....


Suatu hari tu, aku menonton cerita Criminal Mind. Al-kisahnya, salah seorang pekerja dia selalu bermimpi, mimpi kematian seorang budak, seorang budak yang seolah-olah menyalahkan dia kerana tidak cuba menyelamatkan budak tu. Sedih juga. Bila dalam mimpi tu, dia melihat ayahnya yang membunuh budak itu, bermati-matian dia cuba menyelidik dan mencari bukti bahawa pembunuh budak itu adalah ayahnya sendiri. Kematian budak itu, sememangnya wujud dan bukanlah mimpi kosong. Cumanya, ibu dan ayahnya tidak pernah memberitahu perkara sebenarnya, dan rupanya, dia terlalu memikirkan kisah itu sedari kecil lagi.

Apa yang aku cuba nak selitkan adalah, apabila dia cuba bertanya mengenai budak yang mati tu, ibunya kata itu adalah kawan khayalan dia. Budak itu tidak pernah wujud walaupun diakhir ceritanya memang budak itu benar-benar wujud, tetapi telah meninggal dunia dibunuh oleh penculik kanak-kanak.

Pokoknya, apakah benar wujudnya kawan khayalan dalam hidup kita? Bagaimana kita definasikan kawan khayalan itu? Adakah kita sudah gila apabila kita berkawan dengan kawan khayalan? Aku terfikir, bagaimana wujudnya kawan khayalan sebenarnya?

Dan aku terasa, rupanya aku juga punya kawan khayalan. Kawan yang sentiasa mendengar masalah aku, sentiasa mendengar kisah-kisah silam aku, yang tidak penat mendengar nasihat dan memberi nasihat, yang sentiasa bersama walau susah atau senang. Kawan khayalan adalah kawan yang sempurna, yang tidak ada cacat celanya, yang tiada kawan lain yang mampu menjadi sehebatnya, kerana dia hanyalah rekaan kita. Dia hanyalah kehendak kita, sebab itu orang kata cinta itu buta. Kerana kita terlalu berkhayal bahawa lelaki atau wanita kesayangan kita itu cukup sempurna, walaupun ianya hanya khayalan kita sahaja, walhal realitinya terlalu banyak kekurangan yang ada.

Aku ada seorang kawan khayalan, yang wujud dirinya aku tidak pasti, dan penghujung kisah hidupnya dan aku juga tidak tahu ke mana kerana dia cuma ada dalam khayalan. Tidak pernah temu, tidak pernah lihat, tidak pernah kenal, tidak pernah sua, apa yang pasti, kawan khayalan ini hanyalah kawan yang mendengar, bercerita, menasihat, mengingatkan, menenangkan, dan macam-macam lagi. Realitinya tidak kelihatan, cukuplah ia mampu membuat kita tenang dan terasa ada sesuatu yang memberi sokongan ianya sudah cukup bagus. Cukuplah ada yang sudi mendengar, sudah terasa leganya. Sudah terlepas sedikit beban, cukuplah semua itu.

Selebihnya, kita memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk menjaga diri kita, memastikan jiwa kita tidak sakit, memastikan ruh kita tidak lari jauh dari jasad, dan sentiasa memastikan hidup ini seiring dunia dan akhirat.

“Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3)

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan dan permainan (sementara) dan sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan akhirat, andainya mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut : 64)

Moga hati ini sentiasa tunduk dengan perintah Allah. Ampuni hamba-Mu Ya Allah. Wallahualam.

Wassalam.


Aku pernah ditanya oleh kawan-kawan, ‘pernahkah kau menangis?..’ dengan selamba je aku jawab ‘ Ya aku memang suka menangis’. Patutkah aku menangis?.. ya memang patut sebab lelaki juga berhak untuk menangis. Bukan nak cakap kalau lelaki tu menangis tak macho atau tak hebat tapi menangis tu juga sebahagian dari sifat diri kita tak kira lelaki atau perempuan.

Buat apa nak malu-malu kalau nak menangis, tengok macam aku, Arwah abah aku meninggal aku menangis, kucing aku mati aku menangis, tengok cerekarama aku menangis, kena marah aku menangis, happy sesangat aku menangis, menguap pun aku menangis… korang lelaki yang lain menangis juga ke?.. atau simpan akan ke-egoan korang tu?.. konon-kononnya tak gentle la kalau menangis… hahahaha kalau seorang lelaki tu tak menangis aku rasa dia tak normal la..

Memetik dari sebuah blog :

Tetapi menangis adalah satu tindakbalas normal setiap manusia. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya memiliki hak yang sama untuk merasa sedih sehingga menitiskan air mata.

Ya memang tidak dinafikan lelaki pun ada yang menangis, bukan nak tunjuk yang diri mereka lemah tapi kalau korang nak tahu menangis juga boleh menghilangkan segala masalah. Macam aku bila dah menangis lega, tapi tak la menangis macam bayi yang merengek-rengek nak susu, tu melampau la..

Moral of the story : kalau korang (yang lelaki ni) nak menangis, menangis lah,… toksah nak simpan-simpan dalam hati sebab menangis tu boleh meredakan perasaan yang bergelora dan memberikan sesuatu kepuasan dalam diri kita..

Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebak di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.

INFO: Menangis

Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’, memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.

Sumber: www.emotionalprocessing.org.uk

Diam juga Bukan Bermakna Stupid Kerana Dia Juga ada Seketul daging yg dinamakan Hati

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.


Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yang bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sejauh Mana Kita Ikhlas

Bagi merasai sifat keikhlasan sebenarnya, amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah, lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan tentang hatinya lalu hati dibiar dan terbiar, jarang diambil kira dan ini selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs iaitu kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak adalah disebabkan kerana kurang kebersihan hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur. Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan: Kerosakan awal - Contohnya seperti berdakwah, sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal..." atau "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan - Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir - Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."
Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Kita sepatutnya berasa malu kerana ini semua bukan dari diri kita tetapi hakikatnya dari Allah. Maka ini boleh diibaratkan seperti orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh ini boleh menyebabkan orang itu tidak juga berubah sebab hati sudah cacat sebab orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "
Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu." Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita hendaklah berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Ya Allah, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap, tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Engkau. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Mu

Sepetang Di Jabal Rahmah

Dalam kesebokan arus dunia, menjalankan tanggugjawab sebagai seorang hamba dimuka bumi, sebagai seorang yg telah memikul tanggungjawab keluar mencari rezeki, dalam menjadi seorang lelaki biasa ana diberi kemudahan rezeki daripada Allah swt untuk meluangkan masa bersama ibu ana di suatu lembah rahmah yg mencuit hati ana......
Lailahailllah, Muhammdaulrasullah.
Ini adalah ana bersama ibu ana Pn Ramlah Husin, cuba nak merasa pegang unta

Berhadapan Tempat pertemuan dua hati insan yang telah dikeluarkan dari syurga Allah SWT
Nabi Allah Adam dan Siti Hawa. (Gambo terbalik pulak...)


Ana tak pasti apa yang ada dalam fikiran ibu ana, apa yang nyata.. ana bahagia melihat dia tersenyum.



Kemuncak Jabal Rahmah, Allah maha besar.. Disini wujudnya golongan asnaf dalam kelompok yang ramai. Menagih-nagih dan meminta-minta, wallah'lam



Betapa ana merasai sesuatu, betapa kuatnya erti kasih dan sayang. Dan ana meredai segala ketentuan Allah untuk ana, andai itu adalah apa yang tertulis untuk ana.







Bacaan Talbiah :

Labbaikkallah humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah

Wednesday, April 28, 2010

Sama Tapi Tak Serupa

Di antara kucing dan harimau apa bezanya? Satu kecil satu besar. Satu makan tikus dan satu lagi makan kambing. Satu jinak satu garang. Satu kita berani mendekatinya satu lagi kita takut kalau terlepas. Hakikatnya kucing dan harimau sama saja, daripada keluarga yang sama.



Biasanya kita hanya menangkap kucing kalau makan ikan kita apatah lagi kalau kucing kurap. Maklumlah lebih kecil dan lemah. Sebaliknya cubalah tangkap harimau. Biarpun bilangan harimau tidak sebanyak kucing tetapi sekali harimau menyerang habis satu kampung. Sampai bila kita hendak melihat harimau terus bermaharaja lela?



Kalau dibiarkan harimau terlepas, kucing-kucing tidak akan tangkap tikus lagi. Semua kucing makan ikan, ikan terhidang!


lama-lama kita nak makan apa pulakkkkkkkkkkk

Wednesday, April 21, 2010

Peperiksaan akhir Tahun 2 (USM)

Pejam celik... pejam lagi dan celik.... ana dah di penghujung tahun 2. Jadi ada lebih kurang 12 bulan lagi untuk ana tamatkan pengajian Ijazah Pertama ana di USM. Hari ni merupakan sehari sebelum ana menduduki kertas peperiksaan pertama ana untuk SBU 342. Entahlah kenapa, tapi jantung ana dub,dab,dub,dap x henti-henti.....

Teman-teman ana cakap itu adalah adat bila tiba hari exam.....

Mudah-mudahan ana diberi kekuatan olehNya..... amin.