"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ



A Journey Of A Thousand Miles Begins With A Single Step

Sunday, April 16, 2017

Muzakarah jika ianya sesuatu yg sukar baki kamu

Tersebutlah kisah tuan tanah kedaung beramah mesra dengan para petani kampung, lantaran terus ditegurnya salah seorang petani berkenaan semangat dan kesungguhan membuang segala onar diladang......

Adat menjadi petani bila di tegur dan dipuji maka hilanglah segala keletihan yang sepatutnya dirasa ekoran telah sepetang terbongkok bongkok......

Bangga ada juga dihati petani tersebut apabila kerabat-kerabat keturunan tuan tanah sudi menegur

cerdikkah kita......

assalamuaaikum semua.. ahamdulillah Allah masih beri peluang untukku dan untukmu bernafas, menikmati keindahan ciptaanNYA. Menambah amalan untuk bekalan dihari pembalasan kelak. Ujian..manusia tidak lari dari ujian, siapa yang tidak pernah diuji kan?rasanya semua orang pernah, kalau tidak pernah bukan manuisa leteeww . Sebab ALLAH dah janji Dia akan uji manusia untuk melihat sejauhmana keimanan kita pada Dia. "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2). Jelas sekali dalam ayat ni yang mana ALLAH akan uji kita tuk melihat adakah ujian itu akan mendekatkan diri kita kepadaNya atau sebaliknya. Macam-macam cara Alah uji kita. Ada yang diuji dengan kesenangan, kemiskinan, kehilangan, disakiti, kegagalan dan sangat banyak lagi la.

Wednesday, November 13, 2013

Besok Adalah Milik Allah

Mengetahui perkara yang akan berlaku termasuk perkara ghaib hanya Allah swt, para Rasul dan Nabi sebagai mukjizat sahaja yang mengetauinya dan firasat/kassyaf bagi Wali-wali Allah dan orang yang beriman sahaja yang boleh mengetahuinya. Dalilnya: 1. Firman Allah yang mafhumnya, “Katakanlah: “Aku tidak mengetahui, apakah azab yang diancamkan kepadamu itu dekat atau kah Tuhanku menjadikan bagi (kedatangan) azab itu masa yang panjang? (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu.” (S:al-Jin:25-26). 2. Firman Allah, “Katakanlah: “Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang Mengetahui barang ghaib dan yang nyata, Engkaulah Yang memutuskan antara hamba-hamba Mu tentang apa yang selalu mereka memperselisihkannya.” (S:az-Zumar:39:46). 3. Firman Allah yang mafhumnya, “Katakanlah wahai Muhqammad : Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (S: al-Akraf:7:188) 4. Khidir /Nabi Khidir mengetahui perkara yang akan terjadi. Firman Allah, “Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba (khidir) Kami, yang telah kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami”(S:al-Kahfi:18:65). Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah ilmu tentang perkara yang akan berlaku /ghaib; (a) dia mengetahui kapal yang mereka naiki itu akan dirampas oleh seorang Raja yang zalim jika perahu yang baik. Untuk mengilak ianya dirampas, ia dibocorkan supaya kelihatan rosak atau buruk. Dengan yang demikian perahu dan mereka akan terselamat dari dirompakan. (b) Khidir membunuh seorang kanak-kanak kerana dia tahu anak tersebut pada suatu masa nanti akan memalukan kedua ibubapanya yang salih dengan mendurhakai mereka berdua. Sebelum kedurhakaan dan kekufurannya menyusahkan orang tuanya, maka Khidir bertindak membunuhnya. (c) Khidir mendirikan dinding rumah yang runtuh, pusaka dari seorang ayah yang telah meninggal dunia yang meninggalkan dua orang anak yatim. Di bawah rumah tersebut, Khidir mengetahui ada harta terpendam kepunyaan keduanya. Harta tersebut terdiri dari emas dan perak. Supaya harta tersebut terlindung oleh bangunan rumah tersebut, Khidir pun membetulkan rumah tersebut untuk melindungi harta tersebut yang terpendam di bawah rumah tersebut supaya ianya tersembunyi dan terselindung dari pandanagan orang lain dan selamat dari pemilikan mereka. Apabila anak-naka yatim sudah dewasa nanti mereka akan memanfa’atkan harta tersebut. 5. Cerita tentang Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat beliau nampak pasukan tentera Islam hendak di serang oleh tentera musuh, lalu Khalifah Umar ibnul Khattab RA dari atas mimbar menyeru tentera Islam itu supaya naik ke atas bukit supaya terselamat dari serangan musuh. Seruan Umar ibn Khattab r.a. dapat didengar oleh tentera Islam. Lantaran itu dengan izin Allah tentera Islam terselamat dari serangan musuh. 6. Sayyidina Uthman bin Affan r.a telah berkata kepada salah seorang yang datang menemuinya telah melakukan zina. Beliau mengetahuinya melalui matanya. Ada di antara yang hadir bertanya, “Adakah wahyu turun selepas Rasulullah s.a.w. wahai amirulmuminin?” Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya, “Tidak, malah ia adalah firasat orang mukmin.” Dari keterangan yang serba rinkas seperti yang tersebut di atas dapat disimpulkan bahawa selain daripada mereka yang tersebut di atas tidak akan dapat mengetahui sama ada perkara yang telah berlaku, kini, sekarang dan yang akan datang. Kalau demikian bagaimana lelaki tersebut boleh mengetahuinya? Kecualilah kalau dia seorang yang beriman dalam erti kata yang sebenarnya atau dia seorang wali Allah. Ciri-ciri Wali Allah hendaklah dia seorang yang beriman, beramal salih, meninggal perkara yang haram,perkara yang makruh,tidak takabbur dan riyak(tidak bercerita tentang kehebatan luar biasanya), tidak ada kepentingan dunia; kedudukan, pangkat, harta benda dan sebagainya. Seorang wali sebenarnya tidak tahu dirinya seorang wali. Dia tidak menunjuk-nunjuk kehebatan luar biasanya. Kalau lelaki tersebut bukan terdiri daripada mereka yang disebut di atas sudah pasti lelaki tersebut menggunakan khidmat Jin/makhluk halus. Apakah Jin boleh mengetahui perkara yang telah, sedang dan akan berlaku? Dan apakah manusia dapat menggunakan/memperalatkan/menjadikan Jin sebagai orang suruhannya untuk memenuhi permintaannya ? Sebelum pertanyaan tersebut dijawab elok diketahui asal perkataan Jin dan unsur-unsur kejadian nya. Makna Jin dari segi bahasa. Dalam al-Mukjam al-Mufahras/kamus quran, tidak kurang daripada 22 perkataan Jin, 7 Jan dan 10 jinnah Ia berasal dari kata kerja Janna yang bererti menutup. Sebagai contoh firman Allah yang bermaksud, “Ketika malam telah menutupinya/menjadi gelap………..”. Surah al-Anam 6;76. Dalam Kamus Dewan Bahasa Jin bererti sejenis makhluk halus. Perkataan majnun, jannah, janin, jannan, junnah dan seumpamnya juga berasal dari kata kerja Janna. Orang gila dikatakan Majnun kerana akalnya tertutup. Syurga dinamai Jannah kerana keindahan dan kecantikannya tertutup dan tersembunyi dari penglihatan dan tidak dapat dikhayalkan rupa bentuknya oleh manusia. Firman Allah, “Di sana ada hal-hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak juga terdengar oleh telinga dan tidak pula terlintas dalam benak hati manusia.” Bayi yang masih dalam perut dinamakan Janin kerana ia tertutup oleh perut ibunya. Perisai dinamakan Al-Junnah kerana ia menutupi seseorang dari gangguan orang lain. Orang munafiq menjadikan sumpah mereka sebagai Junnah/perisai sebagai penutup/menyembunyi kesalahan agar mereka tidak dibunuh atau ditawan atau dirampas harta mereka. Jadi jin dinamakan Jin kerana kejadiannya terlindung dan tersembunyi dari pandangan mata kasar manusia dalam bentuk asal kejadiannya sebagaimana firman Allah, “sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (S:ar-Rahman:7:27) Namun demikian ia boleh dilihat jika ia menyerupai bentuk makhluk yang dapat dilihat oleh manusia seperti peristiwa yang berlaku ke atas Abu Hurairah r.a. di mana dalam peristiwa tersebut Abu Hurairah r.a. telah didatangi oleh Jin yang menjelma sebagai manusia sebanyak tiga kali kerana hendak mencuri zakat buah kurma yang diamanahkan oleh Rasulullah s.aw. kepada Abu Hurairah r.a. untuk menyimpannya. Abu Hurairah r.a. menyangka pencuri tersebut manusia biasa Setelah diberitahu oleh Rasululllah s.a.w. barulah Abu Hurairah tahu pencuri tersebut rupa-rupanya Jin. Bagitu juga jin Syaitan yang berlagak sebagai orang kenamaan dari negeri Najd telah berjaya menyeludup masuk dalam mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Kota Mekah yang sedang membincang tindakan yang patut diambil ke atas Rasulullah s.a.w. Jin tersebut mencadangkan supaya Rasulullah s.a.w. dibunuh. Cadangan tersebut diterima dengan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu para sahabat ketika baginda sedang solat, jin yang menyerupai manusia telah menganggu solat baginda dan cuba membatalkannya. Akhirnya Jin tersebut berjaya ditangkap oleh baginda dan terus diusir oleh baginda. Penjelmaan jin sebagai seekor ular yang ditemui oleh seorang pemuda yang sedang melingkar di atas tempat tidurnya, lalu menikamnya dengan anak panahnya sehingga menembusi perutnya, kemudian dia pun keluar dari bilik tidur lalu memacak panah itu di tengah rumah, tiba-tiba rumah itu bergoncang dengan kuatnya. Tidaklah diketahui siapa yang mati dahulu pemuda itukah atau si ular? Kisah diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Sila rujuk akidatul mukmin. Apakah manusia dapat tahu sejarah latar belakang seseorang itu? Jawapannya dapat asalkan berminat dalam sejarah dan ingatan masih kuat samada sejarah yang berkaitan dengan para ambiak, sejarah sebuah Negara atau pemimpin-pemimpin dunia dan sebagainya. Apatah lagi kalau sejarah tersebut dibukukan dan direkodkan lagi mudah mengetahuinya. Contoh yang paling mudah seorang penjenayah atau seorang yang menggugat keselamatan Negara, kegiatan kehidupan harian mereka sentiasa dipantau,kemudian direkodkan. Semua rekod mereka dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara semuanya ada dalam rekod simpanan pejabat cawangan jenayah atau pejabat cawangan khas. Kalau diperlukan bila-bila masa sahaja latar belakang dan sejarah mereka dapat diketahui secara terperinci. Begitu juga bagi mereka yang terlibat dalam amalan ilmu hitam. Kalau diri memang menjadi salah seorang target atau sasaran yang akan menjadi mangsanya kerana tujuan-tujuannya yang tertentu ada dua cara untuk pengamalnya mengetahui latar belakang hidup diri dalam usaha mereka untuk menimbulkan keyakinan dan kepercayaan diri tentang kebolehan luar biasanya sehingga diri terperangkap dalam jaringannya lalu mengakuinya sebagai seorang wali padahal kemampuan seperti ini juga dimiliki oleh penganut-penganut agama lain. Cara yang pertama memang dia mengenali diri tetapi diri tidak mengenalinya sangat atau melalui keluarga diri sendiri (yang percaya dengan amalan bomoh dan lurus bendol) yang sudah tentu mengenali kehidupan diri atau menyuruh orang lain (kuncu-kuncunya/kakitangannya) untuk mengumpul sebanyak mungkin rahsia dan latar belakang diri kalau diri memang menjadi target sasarannya. Apabila dia mendatangi diri dan berbual dengan diri atau melalui jurubicaranya/orang suruhannya, dia akan menceritakan latar belakang hidup diri. Cara inilah yang biasanya dilakukan oleh sindiket-sindiket yang berkenaan. Cara yang kedua ialah dengan menggunakan /memperalatkan jin. Apakah hal ini boleh terjadi? Berbagai-bagai pendapat ulama dalam hal ini. Ada yang berpendapat hanya Nabi Sulaiman sahaja yang dapat memperalatkan jin. Rujuk S;Shad:38:37-38 S:al-Ambia:21:82 S:Sabak:34:13 S:an-Namal:27:38. Ibn Taimiyah pula berpendapat manusia mampu menggunakan/memerintahkan jin samada ada dalam perkara yang diperintahkan oleh Allah atau dalam perkara yang yang dilarang oleh Allah. Menurut Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi pula jin yang boleh ditunduk/diperalatkan manusia ialah jin yang jahat yang pastinya akan mendatangkan akibat yang buruk kepada pengamal/manusia itu sendiri, sebagaimaqna ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(S:al-Jin:72:6) Menurut Dr.M. Quraish Shihab, manusia yang memperalatkan jin yang jahat pastilah manusia durhaka pula, bahkan tanpa sedar bukan dia yang memperalat jin, tetapi justeru jinlah yang memperalatnya. Bukankah salah satu sifat jin yang jahat itu/syaitan adalah memperindah dan menghiasi amal buruk manusia(:S:6:43). Dari segi realitinya, peramal-peramal yang mendakwa tahu latar belakang seseorang kadangkala bukanlah terdiri orang yang bertakwa. Bahkan ada di antara mereka orang yang fasik, terlibat dalam pembohongan, penipuan, meninggalkan solat dan seumpamanya. Apakah jin dapat mengetahui perkara yang telah, sedang dan yang akan berlaku? Melihat kepada unsur asal kejadian jin yang telah diciptakan daripada api Nar Samum. iaitu panas yang amat sangat lahir dari suatu tenaga panas yang amat tinggi darjahnya berkuasa menembusi segala lubang-lubang yang paling halus seperti firman Allah dalam surah al-Hijr:15:27: yang bermaksud” Dan kami telah menciptakan Jin sebelum (Adam) dari Nar Samum” dan dalam surah al-Rahmaan:55:15 Allah menjelaskan pula jin dicipta dari Marij” dan api yang sangat menyala. “Marij” ialah lidah api berwarna biru dari bahan yang menyala mempunyai kadar suhu panas yang amat tinggi. Juga merupakan api yang tidak berasap. Dan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah saw turut menjelaskan unsur kejadian jin dari api yang berkobar. Sabda Rasul yang mafhumnya, “Malaikat diciptakan dari cahaya, Jin diciptakan dari api yang berkobar, sedangkan Adam (manusia) diciptakan sebagaimana apa yang telah dijelaskan kepada kamu.” makanya dengan kudrat dan iradat Allah dan dengan asal unsur kejadian mereka dari api, kata Syeikh Sheikh Abu Bakar al-Jazairi, Allah telah memberi keupayaan kepada para jin dan syaitan untuk naik ke langit tinggi sebagaimana juga para Malaikat dapat naik/turun dari langit ke bumi dan sebaliknya untuk mendengar percakapan para Malaikat, kemudian menyampaikannya pula kepada manusia yang terdiri dari tukang tilik dan yang lain-lainnya, yang sudah pasti percakapan para Malaikat itu sudah ditokok tambah seratus peratus sebagai rekaan dari mereka sendiri dengan tujuan untuk menimbulkan fitnah dan menyesatkan manusia. (Sila rujuk S;al-Jin:72:8) dan sila rujuk juga hadis hadis riwayat al-Bukhari. Setelah Rasulullah saw diutuskan menjadi Rasul jin tidak dapat naik ke langit lagi. Kemampuan mereka sudah terbatas, hanya dapat mencuri percakapan dari Malaikat dari jauh. Jika mereka cuba mendekati langit mereka akan ditembak oleh penjaga-penjaga yang kuat. Masing-masing mempunai panah dari api. Setiap kali jin jahat cuba mendekati dinding langit, tiap itu pula penjaga yang kuat itu bertindak memanahnya. Sila rujuk surah al-Jin:72:8-9) Dengan kemampuan jin mengharungi angkasa atau kecepatannya bergerak, menurut Dr. M. Quraisy Shihab boleh jadi dia mengetahui sesuatu yang terjadi pada masa lalu dan masa kini, yang tidak diketahui manusia tertentu. Namun demikian jin tidak mengetahui perkara yang ghaib. Contohnya kematian Nabi Sulaiman di mana jin tidak mengetahui nabi Sulaiman telah wafat kecuali setelah anai-anai memakan tongkatnya, sehingga lapuk dan tidak dapat menahan badan Nabi Sulaiman sehingga akhirnya beliau jatuh ketika itu baharulah mereka sedar Nabi Sulaiman telah wafat. Kerana kebolehan luar biasa jin bergerak dengan cepat dan dan berpindah randah dengan mudah dari suatu sudut di bumi atau di langit, menurut kesimpulan yang dibuat oleh Abd. Razak Naufal, “merupakan faktor-faktor yang mendorong sesetengah golongan manusia cuba menggunakan jin dan mempergunakan mereka malah meminta perlindungan serta mematuhi mereka yang akhirnya mereka dirosakkan oleh jin” lebih-lebih lagi terkadang yang disampaikan oleh jin itu kadang kala sesuatu yang benar dan secara kebetulan. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa sebahagian kaum muslimin bertanya kepada Rasulullah saw tentang peramal . Baginda menjawab “Mereka tidak ada apa-apa”. Mereka berkata “Wahai Rasulullah, terkadang mereka membicarakan sesuatu yang benar”. Maka Rasulullah saw menjawab” Itulah sebuah kalimat kebenaran yang dicuri oleh jin, lalu disampaikan kepada telinga walinya/peramal, lalu wali-wali/peramal-peramal itu mencampurinya dengan seratus kebohongan”.(H.R. Bukahri dan Muslim) Peringatan Berhati-hati dengan lelaki tersebut sekalipun dia ada pengetahuan agama. Sekadar pengetahuan agama sahaja tidak cukup dan tidak memadai sebagai ukuran orang itu boleh dipercayai seandainya dia tidak mengamalkannya. Saya juga turut meragui tentang kebenaran dakwaannya yang dia pernah berguru dengan ulama yang terkenal itu. Kalau memang betul dia berguru dengan ulama tersebut dan selalu membaca tafsir karangan beliau sudah pasti dia tidak terlibat dengan dakwaan tersebut kerana ulama tersebut tidak percaya dan tidak mengamalkan pengetahuan yang didakwanya itu. Begitu juga kandungan tafsir tersebut menyenggahi pendirian lelaki yang anda perkatakan itu. Berhati-hati, takut ada udang disebalik mee. Yang paling ditakuti kepercayaan kepada dakwaannya itu boleh menjejaskan kewangan dan membatalkan akidah. Minta dilindungi oleh Allah swt. Hukum Peramal Hukum peramal ada diterangkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud, “Sesiapa yang mendatangi “Urraf” (orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib) dan bertanya kepadanya serta membenarkan perkhabrannya, maka, tidak diterima sembahyangnya selama empat puluh hari” (H.R. Tirmizi). Sabda Rasulullah saw lagi “Sesiapa yang mendatangi tukang tenung atau “urraf” lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya ia mengkufuri apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.”(H.R. Muslim) Wallahu’alam.

aku kembali kerana kamu......

HIKAM Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat serta salam kepada Rasulullah s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Sesungguhnya tiada suatu amal kebaikan pun yang dapat diharapkan agar diterima oleh Allah s.w.t, melebihi dari amal yang terlupa olehmu akan adanya, dan remeh atau kecil dalam pandanganmu dan kejadiannya. Amal kebajikan yang pasti diterima Allah iaitu jika merasa amal itu semata-mata terjadi kerana taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Kemudian ia tidak berbangga dengan amal itu dan tidak merasa seolah-olah sudah cukup baik dengan adanya amal itu, kerana amal itu telah ditujukan kepada keredhaan Allah. Maka tidak usah diingat-ingat lagi. Sebab siapa yang merasa sudah beramal, jarang sekali yang tidak merasa ujub atau bangga dengan amalnya itu dan itu suatu bahaya bagi amal itu………….

Wednesday, January 19, 2011

untuk berjaya;kena percaya

"Untuk berjaya, kena percaya!" kata Mr. X.

Ringkas sahaja. Namun cukup bermakna. Untuk memudahkan perbincangan, kita rangkumkan percaya dan yakin dalam satu pakej.

Kita percaya yang kita akan hidup esok hari, maka kita sibuk merancang. Program diatur dengan hati-hati. Kalendar penuh. Jemputan sana sini. Pendek kata, sungguh teratur hidup kita. Perancang berjaya!

Menariknya kita percaya juga untuk mati, tapi...(isikan tempat kosong dengan jawapan sendiri)

Maka sebenarnya, adakah kita percaya dengan kematian? Atau kita bersikap menafikan (denial)?

Semestinya jarang manusia sukakan kepada penghujung (ending). Sentiasa ada tangisan yang mengiringi perpisahan. Maka tidak pelik untuk melihat manusia menangis meratapi kematian orang tersayang.

Tapi sahabat, mari kita menukar cara pandang kita. Bagaimana jika kematian itu bukan penghujung, tapi permulaan. Permulaan yang bakal menentukan kejayaan atau kegagalan.

Benar, permulaan juga disambut dengan air mata. Tapi air mata itu adalah air mata keriangan dan kegembiraan. Alangkah bahagianya mereka yang mendapat syurga. Subhanallah.

Berbalik kita kepada pesanan Mr. X, percayalah anda akan berjaya. Namun untuk berjaya anda kena ikut orang yang berjaya. Ikut orang yang tidak berjaya, anda teraniaya!

Kehidupan kita ini ada banyak cara untuk sampai ke penghujungnya. Jalan yang mana sekalipun anda pilih, anda tetap akan sampai ke hujungnya. Sesungguhnya, cara hidup kita akan menentukan cara mati kita, pesan Imam Ghazali. Maka kisahlah akan cara hidup kita.

Sambung Mr. X lagi,
"Percaya mesti disertai usaha. Percaya itu dalam diri kita. Tapi usaha itu manifestasi kepercayaan kita."

Manifestasi. =)

Ayuh kita menjadi orang yang percaya dan berusaha. Tatkala Nabi s.a.w mengkhabarkan kepada sahabat yang Kota Konstantinopel (Constatinople) akan dibuka, maka yang mengiringi kepercayaan itu adalah angkatan tentera yang berusaha untuk membuka kota bertuah itu.

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Monday, January 17, 2011

Assalamualaikum.
Alhamdulillah semalam saya cuba juga bermujahadah baca sebuah buku ni.
walapun hanya beberapa helai.
better than never right?

Tajuk nya : Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami.
ia sangat menarik.for me,bestla,ada 1 part yg menarik perhatian sy untuk berkongsi dengan kamu di sana~

Ar rafiiq qabla thaariq.
memilih teman harus didahulukan sebelum memulai perjalanan. Perjalanan yang bagaimana? Teman yang bagaimana?

Dalam kita menempuh jalan dakwah ini, pasti sepastinya kita tak mampu untuk menempuhnya seorang diri. Akan tiba 1 ketika yang kita sendiri membutuhkan seorang teman tempat kita berbincang, meluahkan perasaan kerana sehingga saat ini, saya yakin semua bersetuju yang jalan ini pasti penuh dgn air mata.bukan hanya senyum dan tawa. kerana jalan ini butuh pengorbanan yang besar dari kita.

Imam Ghazali ada berkata dalam Kitab Ihya Ulumuddin,

” Hendaknya org yg ingin bepergian memilih teman.
Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan.
Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah org yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip agama , mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia tersedar.
Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya.
Dan seseorang itu tidak dikenal kecuali dgn melihat siapa temannya….”

Begitu pentingnya seorang teman dalam kita menempuh perjalanan kita ini, bukan sahaja perjalanan kalau nak balik kampung dari utara ke selatan ke, malah ia sangat dituntut dalam perjalanan jalan dakwah kita yang pastinya panjang dan infiniti ini.

Hadith Rasulullah S.A.W pula,
” Andai manusia mengetahui apa yang akan dialami seseorang jika ia seorang diri,
nescaya tak ada orang yang menempuh perjalanan malam seorang diri.”

Hatta, Nabi Musa sendiri pun, dalam surah Thaha,20:29-30 yang berbunyi,
“dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, yaitu Harun saudaraku”
membutuhkan seorang teman dalam menempuh jalan ini, inikan pula kita manusia biasa kan…

Perjalanan dalam dakwah ini juga, sama seperti perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Contoh: perjalanan balik kampung menaiki kereta perlukan kereta yang siap diservis, ahli keluarga yang sihat so that, tak delah kena patah balik ke hospital kalau tiba-tiba ada yang sakit ke (tapi semua tu dengan izin Allah la kan) , bentou yang dah siap dipacking ke so that boleh jimat kos perbelanjaan dan lain-lain.

Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah,
Ar rafiiq ash shaalih. –>> Teman yang baik.

Ada kata-kata bijak pandai, sahabat yang baik adalah cerminan diri kita sendiri.


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat

ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi.

Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya.

Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Jadi, sama-samalah kita mencari dan juga berusaha menjadi ar rafiiq ash shalih itu.
Jangan hanya mengharap dari sebelah pihak sahaja, malah kita sendiri juga perlu menjadi teman yang baik dalam perjalanan sahabat kita itu juga.
Kerana kita kan sama-sama mahu mengejar syurga dalam perjalanan menggapai mardhatillahNya bukan?

di petik dari: indonesia press

~Pimpin tanganku jangan lepas~
Allahualam.wassalam.- mr someone PadLyoSEptember

Friday, January 14, 2011

LAFAZ SAKINAH; untuk DIA

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda...

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puteri kita kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia dia dari redhamu

sekadar menulis

Sekadar menulis apa yang terlintas tanpa merancang, tanpa membuat perincian..sekadar sign in dan mengingat kembali, perjalanan hidup, perjalanan apa yang terlintas di fikiran tidak memikirkan kesalahan susunan atau gaya bahasa di dalam penulisan sekadar ingin menulis.

Apa yang aku fikirkan? Rasa ingin menjadi hamba, merasa jiwa sebagai hamba namun aku juga manusia. Cinta kadang2 rasa ingin cinta tapi harus bagaimana, bagaimana harus mentafsirkan cinta di dalam diri kadang2 yang sukar difahami. Amanah, salah satu yang penting.. tidak amanah



1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya

ada masanya merasakan ada juga sifat2 munafik dalam diri. skadar muhasabah kelemahan diri tanpa perlu terlalu menjaga tepi kain orang. Kadang2 keliru dalam perjuangan mencari dan menyedari hakikat untuk apa aku dijadikan. Syaitan musuh utama doa itu penting, jadi amalkan doa


Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Give me a guidance

why..
Ya Allah, please give me a guidance
dont let me being forgetful
for knowing what purpose i've been created
please let me behave
please let me act
please let me interact
please let me
let me live for being grateful

sometimes why am i
don't feel nothing fo being sinful
even though in my heart
im screaming
screaming for your kindness
help me to get stronger
for the sake of ad deen

please give me the strength
i want to live without sorrow

INTEGRITI.... bukan tunjuk pandai sekadar untuk dikongsi.

berdasarkan tajuk...
semalam mungkin ya.. aku berpeluang mendengar sesuatu input dalam IKIM.FM sesuatu tentang integriti.. mulanya apa yang cuba aku faham ialah perkara2 yang boleh menghalang integriti, dalam penerangan 10 input diberikan kerana masa penyiaran tidak cukup. Setelah itu dinyatakan pula ciri2 orang berintegriti dalam 10 ciri.. hanya 9 yang sempat aku catatkan pada kertas, antaranya.

2- Tidak mahu berkompromi dengan nilai yang boleh merosakkan diri
3-Prestasi dan kemampuan yang baik boleh ditunjukkan pada manusia, tetapi paling2 pada Allah juga mesti begitu
4-Adil ditempat kita berurusan
5-Tidak bertukar personaliti mengikut tempat dan suasana
6-menjadi ikon pada yang benar, pertahankan yang benar
7-berusaha untuk mencapai kelemahan sifar
8-Boleh diharap untuk menjadi sandaran kukuh
9-Bila tau keaiban atau kelemahan berusaha untuk menutup
10-Hasil kerja berkualiti

Renungan Bersama...

Gunakan akal, fikirkan masa depan. Ketika mahu berbuat kebaikan, pastikan kamu adalah orang yang paling hadapan. Tetapi apabila ingin membuat kejahatan, fikirkanlah bahawa lambat atau cepat kejahatan itu pasti berbalik kepada diri kamu sendiri kemudian. Apabila 'berjalan' mestilah ke 'depan', bukan ke 'belakang'. Datang tidak perlu diminta, pergi tidak perlu disuruh, hadir bukan untuk dipandang, hilang bukan untuk dirasa...Tangan si pemberi bunga akan kekal berbau wangi...