"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ



A Journey Of A Thousand Miles Begins With A Single Step

Wednesday, September 1, 2010

Renung-renungkan....

Ancaman ajaran-ajaran sesat bukan sahaja mengancam akidah umat islam di Malaysia malahan menggugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Oktober 1974 - menyaksikan pasukan keselamatan diserang oleh kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat di Kampung Dedap, Rantau Panjang dan pengasas ajaran Tajul Ariffin yang mengakui diri sebagai Imam Mahadi telah mencederakan seorang imam masjid di Rapat Setia, Ipoh.

Negara pernah digemparkan dengan tragedi serangan Balai Polis Batu Pahat, Johor, oleh kumpulan ajaran Nasir Ismail pimpinan Ahmad Nasir Ismail yang berasal dari Kemboja.


Peristiwa 16 Oktober 1980 itu menyebabkan :

Ramai anggota polis mendapat kecederaan termasuk beberapa orang awam. Selepas itu, kumpulan Ibrahim Libya telah bertempur dengan pasukan keselamatan di Baling, Kedah, pada tahun 1986 mengakibatkan beberapa pengikutnya terbunuh termasuk beberapa anggota pasukan keselamatan. Lebih mengejutkan, para pengikut Ibrahim Libya sanggup menggadai nyawa membentuk manusia bagi menghalang ketua kumpulan itu ditahan.

Sekitar tahun 1990-an hingga 2000 – Al-Arqam dikesan bergiat aktif di bawah pimpinan Ashari Muhammad yang berpegang kepada tarikat Aurad Muhammadiyah. Pemimpin Al-Arqam ini akhirnya mendakwa diri sebagai Imam Mahadi dengan mengemukakan 13 dalil Ashari Muhammad adalah Imam Mahdi. Negara sekali lagi dikejutkan dengan tragedi sebuah kumpulan silat dengan nama Al-Maunah pimpinan Mohd Amin mencuri senjata di dua kem tentera di Sauk. Peristiwa yang dikenali sebagai tragedi Sauk dan Bukit Jenalek berakhir dengan kematian dua anggota polis dan ahli kumpulan Al-Maunah menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Malaysia mempunyai metodologi khusus dalam menangani kumpulan-kumpulan ajaran sesat seperti Haji Kahar Ahmad dan ramai lagi. Mana-mana pemimpin ajaran sesat dan para pengikutnya akan ditahan di bawah perintah pihak berkuasa Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Mereka akan di hadapkan ke mahkamah dan boleh dipenjara atas perintah mahkamah. Dalam pada itu, orang-orang seperti Haji Kahar Ahmad dan pengikutnya disaran bertaubat kepada Allah dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Bagi menyelamatkan akidah mereka daripada terus terpesong jauh, pusat-pusat pemulihan akidah di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan dan Selangor digunakan untuk mengembalikan akidah mereka kepada Islam.

Orang ramai dinasihatkan jangan terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah songsang dengan menyajikan beberapa ajaran pelik, menarik dan menyimpang daripada Islam. Mereka dinasihatkan merujuk kepada jabatan-jabatan agama berhampiran untuk mendapatkan maklumat dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan dengan individu yang mendakwa sebagai nabi dan rasul, menolak al-Quran sebagai kitab suci, mengamalkan pelbagai amalan tarikat yang bercanggah dengan syariat, mendakwa diri sebagai Imam Mahadi, mengamalkan pernikahan batin dan menolak hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah.

Kebanyakan kes membabitkan orang ramai terjebak dalam ajaran sesat seperti ajaran Haji Kahar Ahmad ini bermula daripada sikap terlalu taksub kepada pemimpin. Ketaksuban yang terlalu menggunung menyebab hati mereka buta untuk menilai perlakuan songsang lalu menerima ajaran salah sebagai ajaran Islam sebenar. Difusi ajaran salah ke atas jiwa pengikut ajaran salah ini dikesan banyak berlaku di kalangan anggota ajaran sesat dari golongan profesional. Pada peringkat awal, mereka ´mencari´ sinar Islam dengan mendalami syariat Islam tetapi tersilap langkah apabila menerima bulat-bulat setiap ajaran yang disampaikan oleh ´Tok Guru´ tanpa asas agama yang kukuh.

Renungan; sebaik-baik kitab adalah kalam Allah (al-Quran) sebagai petunjuk dan jalan ke arah kebahagian di dunia dan akhirat. Sebaik-baik ´berguru´ adalah ´berguru´ dengan guru yang alim, benar jalan agamanya dan tidak menolak al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias. Sebaik-baik guru itu adalah mereka yang tidak menolak Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sebaik-baik kehidupan beragama itu adalah Islam, cara hidup yang sempurna dan agama yang diredai oleh Allah.

Dan mengertilah, ada diantara kita... sedang mencari cari ilmu dan diberi kesempatan untuk mendalaminya , jangan lah dibinasakan niat mereka dengan sifat "jahil berilmu" kita, kita bukanlah pemimpin yg terbaik sepertimana Rasulullah saw, kita hanya segelintir dari berjuta manusia lain yang menumpang didunia, jangan lah kita cepat merasa ilmu dan iman kita melebihi dari orang lain....

selamat beramal.... fikir-fikirkan.....
selamat berpuasa dan meraikan kemenangan dengan berhari raya..... wallah'aqlam